fbpx
Now Reading
“Tolong Jagakan Daddy Kami Dan Bossku” – Anak Dedah Najib Masuk Hospital Kerana Sakit Perut

“Tolong Jagakan Daddy Kami Dan Bossku” – Anak Dedah Najib Masuk Hospital Kerana Sakit Perut

Nooryana yang tampil menerusi satu muat naik di IG Story berkata, Najib sememangnya sering mengalami masalah ulser perut yang berulang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Semalam 4 September, media melaporkan bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak yang sedang menjalani hukuman penjara 12 tahun telah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) akibat masalah kesihatan.

Menurut laporan Utusan, pegawai khas Najib, Muhammad Mukhlis Maghribi berkata, ahli Parlimen Pekan itu dalam keadaan stabil dan sedang menjalani pemeriksaan perubatan yang diperlukan.

Dia bagaimanapun tidak memberikan sebarang butiran terperinci mengenai rawatan yang sedang diberikan kepada ahli politik itu.

Terbaharu sebentar tadi, anak perempuan Najib, Nooryana Najwa memaklumkan bahawa bapanya dimasukkan ke hospital kerana mengalami sakit perut.

Sering mengalami masalah perut

Nooryana yang tampil menerusi satu muat naik di IG Story berkata, Najib sememangnya sering mengalami masalah ulser perut yang berulang.

“Dia (Najib) sangat terdedah kepada ulser perut yang boleh berlaku akibat tekanan atau disebabkan gastrik.

“Kali terakhir daddy kena ulser perut tahun lepas. Dia tidak sedar mengenai keadaannya sehinggalah dia pengsan akibat pendarahan dalaman dan terpaksa ditahan di hospital selama seminggu.

“Pada 2010, dia turut dimasukkan ke hospital selama tiga hari kerana berdepan masalah yang sama,” kata Nooryana panjang lebar.

Bukan jenis ‘komplen’

Tambah Nooryana lagi, ayahnya itu bukan lah jenis orang yang suka mengadu sekiranya kurang sihat.

“Dia tak suka susahkan orang lain, walaupun benda itu merisikokan dirinya sendiri. Sewaktu dua kejadian sebelum ini, kami agak terlewat menyedarinya hingga dia terpaksa menjalani bantuan perubatan seperti pemindahan darah.”

“Tolong jagakan Daddy..”

Menerusi muat naik sama, Nooryana turut berharap agar bekas Perdana Menteri itu terus menerima rawatan dan pemeriksaan yang konsisten sekiranya keadaan memerlukan.

“Terima kasih sekali lagi kepada semua yang mendoakan kesihatan dan kekuatan Daddy. Kami sangat berharap daddy mendapat pemeriksaan dan rawatan dengan kerap jika diperlukan oleh pihak penjara dan hospital.

“Tolong jagakan Daddy kami dan Bossku. Dia amat bermakna buat kami. Semoga Allah merahmati kami semua,” katanya lagi.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.