fbpx
Now Reading
“Dah Bagi Signal Kot” – Aksi Rider Tendang Cermin Sisi Porsche Cetus Kemarahan Ramai [Video]

“Dah Bagi Signal Kot” – Aksi Rider Tendang Cermin Sisi Porsche Cetus Kemarahan Ramai [Video]

Perbuatan penunggang motosikal berkenaan menyebabkan cermin sisi Porsche 911 tersebut patah dan tercampak ke arah kereta Toyota Estima yang berada di barisan hadapan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kes buli jalan raya bukan satu perkara baharu di negara kita. Saban hari ada sahaja isu yang dilaporkan dan tular di media sosial.

Terbaharu tular di Facebook satu rakaman dashcam bertarikh 6 September 2022 memaparkan aksi seorang penunggang motosikal dipercayai penghantar Shopee menendang cermin sisi sebuah kereta mewah berjenama Porsche 911 di sebuah jalan raya dipercayai berhampiran Universiti Tenaga Nasional (UNITEN), Kajang, Selangor.

Menerusi video yang dikongsikan Ikhwan Saufi di grup DashCam Owners Malaysia, kelihatan pemandu Porsce tersebut pada mulanya cuba menukar haluan dari lorong paling kanan ke lorong tengah secara perlahan-lahan sambil memberi lampu penunjuk arah (lampu signal).

Rider tendang dan cabut pergi

Namun sewaktu cuba mengubah haluannya, dia dilihat membatalkan hasratnya dan memperlahankan kenderaan bagi memberi ruang kepada dua buah motosikal yang menghampiri.

Namun sewaktu menghimpit ke kanan, muncul sebuah lagi motosikal yang ditunggang individu dengan jaket oren dan membawa beg barangan Shopee dari arah belakang dan menendang cermin sisinya sebelum berlalu pergi.

Perbuatan penunggang motosikal berkenaan menyebabkan cermin sisi Porsche 911 tersebut patah dan tercampak ke arah kereta Toyota Estima yang berada di barisan hadapan.

Porsche sukar nak tukar lorong selepas side mirror patah

Dengan keadaan jalan yang agak membahayakan selain ketiadaan cermin sisi kiri yang sudah ‘bersepai’, pemandu Porsche 911 tersebut dilihat berdepan lebih kesukaran untuk menukar lorong.

Namun selepas beberapa ketika, dia akhirnya berjaya masuk ke lorong tengah dengan selamat.

Perkongsian video tersebut mencetuskan perdebatan di kalangan pengguna media sosial di mana ada yang merasakan pemandu Porche itu tidak sabar untuk menukar lorong namun majoritinya menyalahkan penghantar makanan berkenaan yang begitu agresif hingga menyukarkan orang lain yang ingin meneruskan perjalanan.

Secara ringkasnya lane filtering/splitting atau menggunakan laluan di antara dua kereta bagi motosikal memang dibenarkan, namun ini tidak bermakna penunggang boleh memecut laju di laluan tersebut sehingga menghalang pengguna lain menukar lorong.

Kami sudah menghubungi Shopee berhubung isu ini. Namun setakat artikel ini ditulis, kami masih belum mendapat apa-apa respon dari pihak mereka.

Berikut antara komen yang diberikan netizen :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.