fbpx
Now Reading
“Jangan Menilai Dari Luaran” – Alunan Merdu Selawat Dari Lelaki ‘Punk’ Penuh Bertatu Buat Ramai Terpegun [Video]

“Jangan Menilai Dari Luaran” – Alunan Merdu Selawat Dari Lelaki ‘Punk’ Penuh Bertatu Buat Ramai Terpegun [Video]

Lelaki bertatu itu memilih membaca selawat syaikhona dengan niat selawat itu ingin ditujukan khas buat bekas gurunya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Persepsi masyarakat apabila melihat penampilan seseorang yang tidak kemas mahupun tubuh badan dipenuhi dengan tatu pasti akan memberi pandangan yang negatif.

Lumrah ini sudah menjadi kebiasan dalam masyarakat hari ini dan sejak dahulu lagi. Manusia sering menilai seseorang daripada luaran tanpa mengenali isi hati seseorang itu dahulu.

Disebalik persepsi negatif orang ramai terhadap individu bertatu, ternyata masih ada yang mampu menepisnya apabila sanggup menyahut cabaran dengan mengalunkan bacaan selawat.

Konten sambung ayat al-Quran

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @ayaibrahimchannel, kelihatan TikTokers terkenal daripada Indonesia itu sedang melakukan konten cabaran sambung ayat daripada al-Quran untuk mendapatkan duit.

“Sambung ayat anak punk penuh tattoo,”tulisnya di kapsyen.

Ketika dia bersama kawannya sedang berdiri di tepi jalan sambil memegang papan putih yang bertulis ‘sambung ayat dapat wang’.

Lelaki punk penuh tatu tegur TikTokers itu

Secara tiba-tiba seorang lelaki dengan gaya ala-ala ‘punk’ serta mempunyai tatu penuh di badan menyapa mereka.

“Ini kan challenge (cabaran) yang potong rambut dan dapat duit kan?” tanya lelaki bertatu terbabit.

Menjawab pertanyaan itu, TikTokers tersebut berkata, cabaran yang sedang dilakukan mereka ini adalah menyambung ayat al-Quran yang dibaca olehnya.

Lelaki itu dengan jujur menjawab bahawa dia tidak begitu arif mengenai surah daripada al-Quran, namun kawan TikTokers terbabit bertanya jika dia pandai membaca selawat.

Terima cabaran berselawat

Dengan sedikit teragak-agak, lelaki bertatu itu menerima tawaran untuk melakukan cabaran berselawat berdasarkan selawat yang diketahuinya.

Menurut lelaki itu, dia ingin mengalunkan selawat Syaikhona buat bekas guru yang pernah mengajarnya dahulu.

Dia yang bermula dengan membaca ‘Bismillah’ terus mengalunkan selawat tersebut, tanpa diduga ternyata suara lelaki terbabit sememangnya merdu.

TikTokers dan pengguna media sosial terpukau dengan kemerduan suaranya

Selepas selepas membaca selawat syaikhona itu, TikTokers dan kawannya seakan terpukau dengan kelunakan suara lelaki terbabit.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial turut terpukau dengan kelunakan suara lelaki tersebut dan beranggapan jangan menilai seseorang hanya daripada luaran.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.