fbpx
Now Reading
“Ya Allah Warna-Warni”- Pengantin Perempuan Kecewa Pelamin Yang Diminta Tidak Seperti Yang Diharapkan [Video]
Wanita kecewa pelamin tak seperti yang diharapkan

“Ya Allah Warna-Warni”- Pengantin Perempuan Kecewa Pelamin Yang Diminta Tidak Seperti Yang Diharapkan [Video]

Wanita itu tidak menyangka apabila tema pelamin ‘english garden’ yang diidamkan untuk hari bahagia jauh meleset.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap pasangan yang berkahwin sudah pasti mempunyai impian yang tersendiri seperti rekaan baju, tema warna dan termasuklah pelamin.

Pelamin ini merupakan salah satu elemen yang sangat penting kerana pelamin yang cantik akan menaikkan seri pengantin yang bakal duduk di situ serta mencantikkan lagi hiasan dalam majlis tersebut.

Mungkin bunyinya agak keterlauan tapi itulah hakikat yang harus diterima, pelamin yang tidak seperti diharapkan bukan sahaja mencacatkan mata malah boleh mengacau mood pasangan pengantin di hari bahagia mereka khususnya pengantin perempuan.

Kecewa pelamin idaman sewaktu majlis 2 tahun lalu, tidak seperti yang diharapkan

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh @CEOofAuroraFoods, yang meluahkan rasa kecewanya apabila mengenangkan pelamin di hari bahagia pada dua tahun yang lalu tidak seperti yang diharapkan.

Menerusi video tersebut, wanita itu memaklumkan bahawa dia mahu pelamin itu semua didekorasikan dengan warna putih dan bertanya adakah mak cik yang membuat pelamin itu boleh merealisasikan impian tersebut.

Nak pelamin warna putih

“Saya nak lebih kurang macam ni (foto ditunjukkan) tapi nak semua putih. Tak nak purple sikit pun sebab saya tak suka lavender,” kata wanita itu.

Makcik itu kemudian menjawab dia boleh melakukannya dan menyifatkan ia lebih mudah kerana wanita tersebut mahukan semua putih.

Namun apabila melihat pada hasilnya sewaktu di hari bahagia, pengantin wanita itu begitu terkejut kerana ia tidak seperti apa yang dibayangkannya.

Minta warna putih kerana tema ‘english garden’

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, wanita itu memaklumkan dia meminta warna putih itu kerana perkahwinannya bertemakan ‘english garden’ dan tidak mahukan warna lain terutama warna ungu.

Dia juga menjelaskan pelamin tersebut dipasang ketika dirinya sedang menjalankan majlis akad nikah dan terlalu sibuk di rumah.

Dia lalu terkejut apabila menerima gambar pelamin itu pada lewat malam.

@aurorafoods.ceo

Replying to @Bunda & Tuah Wedding planner buat hal Part 2. I nak semua dalam dewan punya decoration warna putih. Boleh la selit daun hijau atau red roses sikit2 sahaja. Sbb groom’s side warna hijau, bride’s side warna merah. Sekali dia bagi mcm kubur warna warni. #weddingplanner #weddingplannerbuathal #pelaminburuk

♬ original sound – CEO of Aurora Foods – CEO of Aurora Foods

Mak cik pasang pelamin sifatkan dirinya lebih mengetahui

“Saya terus mesej mak cik itu, ‘mak cik ini bukan yang saya minta’ dan dia berkata mak cik lebih tahu, lebih berpengalaman.

“Nanti baju awak tenggelam, walaupun itu duit saya, suka hati sayalah. Saya bayar kot,” kata wanita itu lagi.

Melihat kepada meja makan beradab pula, dia turut meminta meja tersebut dihiaskan dengan warna putih namun ia boleh diselitkan dengan sedikit bunga ros berwarna merah.

Tetapi apa yang memeranjatkan lagi, meja itu tidak dihiasi dengan bunga ros yang sedikit tetapi lebih banyak daripada apa yang diminta.

“Benda simple nak semua putih, itu pun tak boleh buat,” jelas wanita itu yang masih lagi menyimpan rasa geramnya dengan apa yang sudah terjadi.

Wanita itu turut menyifatkan bunga yang berada di kaki yang dihiasi di atas pelamin tersebut turut kelihatan seperti kubur.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut bersetuju dengan wanita itu dan ada yang menyifatkan pelamin yang dihias oleh mak cik itu seperti dekorasi pentas bagi hari guru.

” Ini bukan pelamin ni deko pentas hari guru”

“Ya Allah SWT warna warni ingat budak kecik ke main kahwin-kahwin”

“Mungkin dia ingat awak suruh dia buat awak putih mata tengok pelamin dia”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.