“Abah Pergi 3 Jam Sebelum Nikah” – Jurusolek Kongsi Cerita Gadis Kehilangan Ayah Tersayang Pada Hari Bahagia [Video]
Bakal pengantin pada awalnya enggan meneruskan majlis tersebut, namun atas nasihat keluarga memandangkan segala persiapan sudah tersedia dia akhirnya tabah untuk meneruskan pernikahannya.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Kehilangan orang yang tersayang sememangnya amat memedihkan. Namun ia pasti lebih perit apabila kehilangan mereka di saat kita baru sahaja ingin mengecap kebahagian.
Begitulah yang dialami seorang wanita yang akan melangsungkan perkahwinan lagi beberapa jam sebelum mengetahui ayah tercinta yang sepatutnya menyaksikan saat bahagia itu pergi buat selamanya.
Kehilangan ayah ketika lagi 3 jam ingin bernikah
Menerusi perkongsian seorang jurusolek di laman media sosial miliknya, Intan Nurdiyana menceritakan kisah pelanggannya yang kehilangan ayah tersayang tatkala lagi tiga jam saat pernikahan akan berlangsung.
Pada awalnya, Intan telah bersedia untuk menyiapkan bakal pengantin terbabit yang dijadualkan bernikah selepas solat Isyak.
Dapat kiriman WhatsApp dari bakal pengantin
Bagaimanapun, dia terkejut apabila menerima panggilan daripada wanita itu yang mengatakan ayahnya baru sahaja meninggal dunia sekitar jam 4.30 petang.
“Dapat WhatsApp pukul 4:30 petang mengatakan abahnya baru meniggal dunia, padahal kak Intan dah siap nak gerak untuk makeup dia sejam lagi,” katanya.
Enggan teruskan majlis pernikahan
Seakan tidak dapat menerima berita yang mengejutkan itu, bakal pengantin tersebut pada awalnya enggan meneruskan majlis pernikahannya, namun kerana segala persiapan sudah tersedia, pihak keluarga menasihati agar majlis itu tetap diteruskan.
“Dia tak nak teruskan majlis tapi atas nasihat keluarga semua terpaksa diteruskan sebab semua dah tersedia. Siapa sangka ayahnya pulang ke negeri abadi lewat petang tu,” katanya lagi.
Bakal pengantin masih menangis dan mata sudah membengkak
Ketika di rumah pengantin, Intan berkata jelas kelihatan wanita tersebut masih lagi menangis dan matanya sudah membengkak.
Seketika itu, bakal pengantin tersebut meminta sedikit masa untuk mandi dan bersiap memakai baju nikah yang sudah tesedia.
“Masa sampai nak masuk lorong kampung, ternampak satu perkuburan. Ada ramai orang, ada van jenazah dan masih dalam proses kebumi.
“Intan kehilangan kata-kata sampai rumah pengantin, nampak pengantin mata bengkak, masih menangis kuat dan cuba cover (sembunyikan) kesedihan dari Intan. Terus disapa, kak saya minta maaf. Tunggu kejap ya,” ujarnya ketika berada di sana.
Suasana hiba, katil jenazah dan ruang tamu masih berbau kapur barus
Dalam pada itu, suasana di dalam rumah pengantin turut hiba dengan tangisan ahli keluarga yang lain.
Semasa jurusolek terbabit ingin ke dapur untuk membasuh sponge, dia ternampak tilam jenazah yang baru digunakan serta ruang tamu masih berbau kapur barus.
“Ya Allah kuat betul dia. Dalam waktu make up dia tahan dari nangis, reda dan kelihatan sangat letih tapi dia betul-betul reda, tenang dan mampu tersenyum. Alhamdulillah bride pun sangat tenang,” kata Intan.