Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Baru-baru ini tular di media sosial satu video temubual bersama seorang penyihir Rusia yang mengakui dirinya tidak mampu menyihir orang Islam yang menjaga amal ibadah.
Ahli sihir yang dikenali sebagai Zhanna Kushnir itu menceritakan bahawa amat sukar untuk mempengaruhi golongan Muslim ini berbanding penganut agama lain kerana baginya orang Islam sentiasa menunaikan solat wajib setiap hari.
Sukar sihir orang Islam kerana sentiasa berhubung dengan tuhan
Menerusi hantaran video yang dimuat naik di laman Twitter akaun @CahayaSakinah_, ahli sihir itu berkata sangat sukar untuk mempengaruhi orang Islam kerana golongan ini sentiasa berhubung dengan tuhan.
“Saya menghadapi pelbagai jenis agama, namun sangat susah untuk mempengaruhi orang Islam. Kerana mereka selalu berhubung dengan tuhan,” katanya.
Menurutnya, orang Islam sentiasa diwajibkan beribadah. Maka golongan ini sentiasa berada dalam kubah pelindungan.
Orang muslim sentiasan dilindungi melalui doa
“Sangat sukar untuk menembusi mereka ketika melakukan sihir, orang muslim sentiasa dilindungi melalui doa mereka juga.
“Muslim memilik iman dan hubungan yang kuat dengan tuhan mereka dan tuhan mereka ini sangat protektif,” katanya lagi.
Zhanna berkata, bagi orang Islam, mereka percaya bahawa tuhan akan menjaga golongan muslim yang sentiasa menyembah kepadanya.
Pelbagai cara sihir digunakan masih gagal
Tambahnya, dia pernah mencuba untuk menyihir orang Islam namun segala cara yang telah digunakannya itu tidak berkesan, malah ada kuasa ‘misteri’ akan muncul sebagai penghalang.
“Jadi usaha untuk menyerang Muslim yang taat pada agamanya adalah sangat sukar untuk dilakukan kerana mereka sentiasa dilindungi,” katanya lagi.