fbpx
Now Reading
NGO & Menteri Agama Tak Setuju Pelakon Remaja Dedah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Ayah Secara Terbuka

NGO & Menteri Agama Tak Setuju Pelakon Remaja Dedah Jadi Mangsa Gangguan Seksual Ayah Secara Terbuka

Dalam pada itu, Polis Diraja Malaysia (PDRM) turut mengesahkan pelakon terbabit sudah pun membuat laporan polis pada 5 September dan satu siasatan akan dijalankan terhadap bapanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini nama pelakon remaja, menjadi topik hangat pengguna media sosial selepas dia tampil membuat satu pendedahan telah menjadi mangsa gangguan seksual ayah kandungnya,

Dia yang tampil dalam satu temubual bersama YouTuber ‘Bros Gang TV’ mendakwa sudah menjadi mangsa seawal usianya 5 tahun.

Pendedahan tersebut bukan hanya mendapat perhatian pengguna media sosial dan agensi berita bahkan turut mendapat perhatian Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Mohd Harun yang memaklumkan bersedia untuk bertemu dengan pelakon itu untuk siasatan lanjut.

Baca artikel berkaitan : Artis Dakwa Jadi Mangsa Gangguan Seksual Bapa, Rina Harun Sedia Berjumpa Jika Laporan Dibuat [Video]

Terbaharu semalam, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Idris Ahmad berpendapat, pelakon remaja itu sepatutnya menutup aib sendiri dan tidak mendedahkan perkara itu secara terbuka kepada orang ramai.

Jelas beliau, langkah paling tepat adalah dengan membuat laporan polis bagi membolehkan dirinya mendapat pembelaan undang-undang dan dilindungi dari sebarang ancaman kepada diri pada masa akan datang.

“Sepatutnya kita dalam Islam, dia lebih pentingkan kepada menutup aib sendiri. Sepatutnya gangguan seperti itu tak perlu didedahkan pada orang ramai,”

“Dia sepatutnya lapor kepada polis. Polis yang bertanggungjawab akan menyiasat kes itu,” kata beliau dipetik dari Harian Metro.

Ada unsur eksploitasi, YouTuber perlu diambil tindakan

Menurut Presiden Majlis Kebajikan Kanak-Kanak Malaysia Datuk Dr Raj Karim pula, perbuatan YouTuber terlibat menemubual pelakon remaja itu bagi mendedahkan dakwaan perbuatan jenayah bapanya pula adalah suatu bentuk eksploitasi seksual dan perlu diambil tindakan, lapor BH.

Jelas Dr Raj,  mereka (pihak YouTuber) tidak mempunyai hak untuk menyiarkan pendedahan remaja itu kerana tindakan yang didakwa dilakukan bapa pelakon terbabit adalah suatu bentuk perbuatan jenayah.

Jelasnya terdapat garis panduan dalam menemu bual kanak-kanak yang menjadi mangsa seksual iaitu ianya tidak boleh dilakukan di tempat awam.

“Apa tujuan Youtuber itu? Dengan pendedahan melalui temu bual itu, kanak-kanak terbabit sudah dieksploitasi sebanyak dua kali iaitu oleh bapanya (jika benar dakwaan) dan pihak yang menemubualnya. Kita ada garis panduan jika ingin menemu bual kanak-kanak yang menjadi mangsa penderaan seksual termasuk mendapat kebenaran dari ibu atau bapa mereka dan tidak boleh dilakukan di tempat awam.

“Kalau di pihak kebajikan yang ingin menemubual mangsa penderaan seksual perlu adanya kaunselor dan perlu peka terhadap gangguan emosi mangsa. Kita sendiri tidak tahu bagaimana Youtuber ini mendekati pelakon ini namun yang pasti tindakannya itu adalah tidak betul kerana ia disiarkan secara terbuka.”

Kata Dr Raj kepada Berita Harian.

Senada dengan Idris, Dr Raj turut merasakan perkara yang patut dilakukan pelakon remaja berkenaan adalah mendapatkan pertolongan daripada pihak berkuasa seperti Jabatan Kebajikan Masyarakat (JKM) selain membuat laporan polis jika benar dia menjadi mangsa gangguan bapa kandungnya.

Polis sahkan mangsa sudah buat laporan

Semalam, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahkan pelakon remaja itu sudah pun membuat laporan polis pada 5 September dan satu siasatan akan dijalankan terhadap si bapa.

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Bin Wan Mamat berkata, insiden dipercayai berlaku ketika pelakon itu berusia 6 tahun sewaktu mereka sekeluarga tinggal di kawasan Subang Jaya.

“Suspek didakwa melakukan gangguan seksual terhadap mangsa apabila ibu mangsa tiada bersama di rumah.”

Ketua Polis Daerah Subang Jaya, ACP Wan Azlan Bin Wan Mamat

Siasatan dijalankan mengikut Seksyen 354 Kanun Keseksaan atas kesalahan mencabul, Seksyen 31(1)(a) Akta Kanak Kanak 2001 atas kesalahan mengabaikan seorang kanak-kanak dan Seksyen 292 Kanun Keseksaan atas kesalahan memiliki bahan lucah.

Baca artikel berkaitan :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.