fbpx
Now Reading
Siap Ada Grup Telegram! Wanita Dakwa Kena ‘Scam’ Beli Emas Lelong Online, Beri Peringatan Pada Yang Lain

Siap Ada Grup Telegram! Wanita Dakwa Kena ‘Scam’ Beli Emas Lelong Online, Beri Peringatan Pada Yang Lain

Menurut wanita itu, kebanyakan ‘scammer’ (penipu) akan memperdaya para pembeli dengan menawarkan harga yang rendah dan tidak masuk akal.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umpama satu trend masa kini, orang ramai berlumba-lumba untuk membeli emas untuk dijadikan barang perhiasan diri dan juga pelaburan.

Emas mampu menjadi pelaburan jangka masa panjang kerana sejarah telah membuktikan emas boleh dijadikan aset yang tidak mudah turun harganya.

Susulan harga emas yang terapung, banyak pembeli akan mencari peluang dengan membeli dari penjual yang menjual emas pada harga yang lebih rendah berbanding pasaran.

‘Scammer emas’ tawar harga yang lebih rendah

Disebabkan itu, banyak pihak yang mengambil kesempatan menipu dengan menjual emas secara dalam talian yang menjanjikan tawaran harga lebih rendah berbanding yang lain.

Menerusi satu perkongsian yang dimuat naik di laman Twitter oleh seorang wanita, dia mendakwa telah menjadi mangsa penipuan oleh seorang penjual emas ‘online’ (dalam talian).

“Sebelum itu, tolongkan ‘viralkan’ untuk wife (isteri), mak, atau GF (kekasih) supaya tak tertipu dengan pembelian barang emas atau apa-apa barang sekali pun. Satu pengajaran buat saya untuk lebih berhati-hati dengan pembelian secara online,” tulisnya di kaspyen.

Menurut wanita itu, kebanyakan ‘scammer’ (penipu) akan memperdaya para pembeli dengan menawarkan harga yang rendah dan tidak masuk akal.

Beli emas lelong daripada Instagram

“Nak dijadikan cerita, saya beli barang dengan akaun Instagram ni (Emas Lelong Fa**ha), saya tanya dia betul ke barang emas tu murah sampai gram dengan harga jauh beza.

“Saya pun percaya tapi ada juga perasan was-was sebab terlalu murah berbanding beli ‘walk-in’. Jadi saya pun tanya macam-macam kat dia pasal emas,” tulisnya lagi.

Dia yang mulanya sedikit ragu-ragu dengan tawaran tersebut telah bertanya mengenai segala yang ingin diketahuinya daripada penjual tersebut.

Penjual tidak menjual secara bersemuka

Katanya lagi, scammer tersebut tidak menawarkan pembelian secara bersemuka serta memberi ‘link’ telegram bukti maklum balas daripada pembeli sebelum ini.

Tambahnya, dia juga lambat untuk menyedari bahawa maklum balas daripada grup Telegram itu adalah palsu semuanya.

Penipu mintak wang tambahan RM3,500 sebagai jaminan

Setelah membuat pembayaran sebanyak RM3,711 penipu terbabit meminta lagi wang berjumlah RM3,500 sebagai jaminan.

Dakwa scammer berkenaan, jaminan tersebut merupakan proses yang harus dilakukan sebagai surat rasmi atau Akta Lelong dengan jaminan deposit sementara.

Menyedari dirinya ditipu, wanita itu dengan segera membuat laporan polis serta sedar bahawa wang yang telah diberikannya tidak akan dapat dikembalikan.

Namun, katanya perkongsian ini sekadar pengajaran agar pengguna media sosial yang membacanya lebih berhati-hati dan tidak mudah tertipu dengan tawaran harga yang diberikan oleh segelintir peniaga atas talian.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.