“World Class Mentality” – Tindakan Driver Rapid KL Bantu Warga Emas Turun Dari Bas Raih Pujian Ramai [Video]
Menerusi video, kelihatan pemandu bas berkenaan menghulurkan tangannya agar dapat dipaut bagi memudahkan warga emas terbabit turun dari bas dalam keadaan selamat.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Kebajikan warga emas sentiasa menjadi isu yang hangat diperbualkan oleh masyarakat di Malaysia. Hal ini kerana masyarakat di negara ini tidak pernah diajar menjadi seperti ‘kacang lupakan kulitnya’.
Oleh yang demikian, golongan warga tua yang berkeluarga mahupun hidup sebatang kara sudah menjadi permata hati pelbagai pihak termasuk kerajaan dan badan bukan kerajaan (NGO).
Kehidupan warga emas lebih bererti apabila pelbagai pihak dalam masyarakat hari ini sanggup memainkan peranan penting dalam membantu mereka menjalani aktiviti harian yang lebih bermakna sementara menanti seruan Ilahi.
Bantu wanita tua yang uzur turuni bas
Hal ini turut dilakukan seorang pemandu pengangkutan awam apabila dia membantu seorang wanita tua yang kelihatan uzur menuruni bas.
Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikTok akaun @muhammadhazman9290, pemandu yang dikenali sebagai Hazman itu kelihatan menuruni bas setelah pintu dibuka.
Tidak lama selepas itu, seorang warga emas kelihatan sedang berjalan dalam keadaan perlahan dan sedikit membongkok menuju ke pintu bas.
Jadikan tangan sebagai pemegang buat warga emas terbabit
Pada video sama, Hazman menghulurkan tangannya sebagai pemegang buat warga emas itu agar dapat menuruni bas secara selamat.
Hazman pada masa yang sama turut membantu menuruni warga emas itu secara berhati-hati serta mengucapkan selamat jalan dengan meletakkan tangan di dadanya.
Melihat di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial memuji tindakan yang dilakukan pemandu tersebut serta mendoakan agar dia sentiasa dilimpahi dengan rezeki kerana ikhlas dalam melakukan pekerjaannya.