fbpx
Now Reading
Apple Didenda RM10.7 Juta, Dilarang Dari Jual iPhone Tanpa Charger Di Brazil

Apple Didenda RM10.7 Juta, Dilarang Dari Jual iPhone Tanpa Charger Di Brazil

Kerajaan Brazil mendakwa gergasi IT itu menjual produk yang tidak lengkap kepada pelanggannya kerana tidak menyertakan pengecas.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kerajaan Brazil semalam (7 September) mendenda Apple Inc.$2.34 juta (RM10.7 juta) dan mengarahkan syarikat itu agar menghentikan penjualan beberapa model iPhone mereka termasuk iPhone 12, dan iPhone 13.

Keputusan itu dikeluarkan sehari sebelum Apple melancaran barisan model iPhone terbaharu mereka. 

Baca artikel berkaitan: Notch Seakan Bentuk Pil! Apple Lancar iphone 14 Pro & iPhone 14 Pro Max Dengan Reka Bentuk Paparan Hadapan Baharu [Video]

Kementerian Kehakiman dan Keselamatan Brazil sewaktu membuat keputusan mendakwa gergasi IT itu menjual produk yang tidak lengkap kepada pelanggannya kerana tidak menyertakan pengecas sekaligus mengarahkan penggantungan serta-merta semua pengedaran peranti iPhone yang terlibat.

Menurut kementerian itu lagi, Apple telah mengamalkan sifat diskriminasi terhadap pengguna apabila tidak menyediakan salah satu komponen terpenting kepada peranti iaitu pengecas.

Mahkamah tidak terima alasan Apple

Mereka juga tidak menerima hujahan wakil Apple yang mendakwa tidak menyertakan pengecas kerana mahu mengurangkan pelepasan karbon dioksida selain memelihara alam sekitar.

Menurut mahkamah lagi, tiada bukti kukuh yang dapat menyokong dakwaan tersebut. 

Apple sejak Disember yang lalu, telah disiasat di Brazil apabila tidak lagi menyertakan pengecas bermula dari iPhone 12.

Syarikat itu bagaimanapun akan membuat rayuan berhubung sekatan tersebut. Mereka dalam masa sama turut menafikan dakwaaan telah menyediakan produk yang tidak lengkap kepada pengguna.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.