fbpx
Now Reading
“Belum Makan, Saya Takda Duit” – Lelaki Sapa Warga Emas Yang Temenung Sindirian Buat Ramai Sebak [Video]

“Belum Makan, Saya Takda Duit” – Lelaki Sapa Warga Emas Yang Temenung Sindirian Buat Ramai Sebak [Video]

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Melihat warga emas yang hidup sebatang kara dan dalam keadaan daif, pasti akan terlintas di fikiran di manakah keberadaan keluarga orang tua terbabit dan mengapa kisah hidupnya berakhir begini.

Apa yang lebih terkesan apabila mengenangkan bagaimana nasib ibu bapa kita suatu hari nanti menyebabkan ramai yang akan tergerak hati untuk membantu.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @hanifasyraf1, lelaki yang dikenali sebagai Asyraf itu melihat seorang warga emas sedang duduk termenung sendirian seakan mempunyai masalah.

@hanifasyraf1

Semoga Allah Murahkan Rezeki Untuk pakcik 😢

♬ Rela Kau Tinggalkan Aku – Arief

Warga emas duduk sendirian seperi dalam masalah

“Makanan saya baru sampai, baru nak makan, tiba-tiba nampak seorang  pakcik ni termenung macam ada masalah,” tulisnya di dalam video.

Tanpa menunggu lama, Asyraf yang berdiri daripada tempat duduknya terus menyapa orang tua berkenaan.

Tiada wang untuk membeli makanan

“Assalamualaikum, pakcik dah makan? Belum lagi tak ada duit,” tegur Asyraf.

Ketika Asyraf menegur dan bertanya sama ada orang tua terbabit sudah makan atau belum, dengan nada yang seakan tidak bermaya dia menjawab bahawa belum menjamah apa-apa makan lagi kerana tiada wang.

“Umur 80 tahun, pusing bandar Kota Bharu mencari sedikit rezeki buat isteri dan anak-anak,” tulisnya lagi. Bayangkan pakcik ini ayah kita. Allah Uji Pakcik Ni, Seribu Masalah Difikiran,” tulisnya.

Pada video sama, kelihatan jelas warga tua terbabit menangis kesedihan setelah berkongsi ceritanya pada Aysraf.

Melihat keadaan itu, Asyraf lantas mengambil tisu yang tersedia di hadapannya bagi mengelap tangisan lelaki tua itu.

Beri sedikit wang tambang dan bekal makanan

Di akhir video, Asyraf memberi lelaki tua itu sedikit wang sebagai tambang dan juga bekal makanan untuk warga emas itu.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial sebak melihat keadaan warga emas tersebut serta memuji tindakan Asyraf yang ikhlas membantu.

Kredit gambar: TikTok hanifasyraf1

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.