Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami!
Follow Kami
Anak merupakan satu anugerah yang tidak terhingga diberikan oleh Allah SWT kepada hambanya.
Malah, setiap ibu bapa sanggup melakukan apa sahaja meskipun terpaksa berkorban ketika sedang bekerja.
Bekerja sambil bawa anak dalam stroller
Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh @darksoulamir, memaparkan seorang wanita yang sedang bekerja sebagai seorang penghantar foodpanda Walker.
Menerusi video tersebut, kelihatan wanita itu menyandang beg makanan sambil memegang stroller anaknya ketika sedang menunggu lampu isyarat bertukar.
Dia yang mungkin sedang bertugas untuk menghantar makanan segera menolak stroller tersebut apabila lampu isyarat mula bertukar warna.
Kagum tengok semangat bawa anak cari rezeki
Menerusi kapsyen @darksoualamir turut memohon maaf kerana telah menularkan video wanita tersebut namun menjelaskan dia berasa kagum dengan semangatnya yang sanggup membawa anak ketika mencari rezeki.
“Maaf ya dik viralkan awak dekat TikTok ni. Saya kagum dengan awak ni pasal pertama kali tengok FoodPanda Walker bawa anak dalam troli.
“Sesapa sahaja pelanggan dia ni mohon beri tip lebih sikit,” tulisnya di kapsyen.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang turut berasa sebak melihat semangat yang ditunjukkan oleh seorang ibu demi anaknya.
“Kuat semangat, tiada alasan baginya untuk cari rezeki”
“Bukan mak je kuat, anak pun kuat”
“Semoga dipermudahkan segala urusan dan dimurahkan rezeki ibu tersebut”