fbpx
Now Reading
Demi Selamatkan Anak Berusia 1 Tahun, Wanita Nekad Bergelut Dengan Harimau
Wanita bergelut dengan harimau nak selamatkan anak

Demi Selamatkan Anak Berusia 1 Tahun, Wanita Nekad Bergelut Dengan Harimau

Wanita dan kanak-kanak tersebut diserang harimau itu ketika sedang menjaga ladang sehingga mengalami kecederaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang wanita berdepan dengan detik cemas apabila terpaksa melawan seekor harimau demi mahu menyelamatkan anaknya dari dibaham haiwan tersebut di Jabalpur, India.

Memetik laporan NDTV, dalam insiden serangan harimau yang berlaku pada awal minggu lalu kedua-dua wanita tersebut bersama anaknya telah mengalami kecederaan.

Mangsa dilaporkan dalam keadaan stabil

Mangsa kini dimasukkan ke hospital dan dilaporkan berada dalam keadaan stabil.

“Kami dimaklumkan harimau itu berkeliaran (di luar kawasan simpanan harimau) dan orang ramai datang untuk melihat haiwan berkenaan.

“Namun wanita itu tidak menyedari haiwan pemangsa itu. Kedua-dua mereka cedera dalam serangan itu dan dimasukkan ke sebuah hospital kerajaan.

“Mereka kemudian, dipindahkan ke sebuah institut perubatan Jabalpur. Pada masa ini, kedua-dua ibu dan anak itu baik-baik sahaja,” kata Lavit Bharti, Pengurus Bandhavgarh Tiger Reserve kepada agensi berita ANI.

Dua beranak alami kecederaan

Foto: NDTV

Kanak-kanak lelaki yang berusia satu tahun setengah itu diserang harimau terbabit sewaktu ibunya sedang menjaga ladang milik mereka dan mengalami kecederaan di kepala manakala si ibu mengalami kecederaan di seluruh badan.

Wanita berkenaan yang mahu menyelamatkan anaknya terus berdepan dengan setiap serangan haiwan tersebut.

Minta tolong sehingga sedarkan penduduk kampung

Dia bagaimanapun terus menjerit dan berdoa untuk meminta pertolongan sehingga menyedarkan penduduk kampung yang kemudian membantunya menghalau pemangsa terbabit.

Menurut suami kepada wanita tersebut, Bhola Chowdhary memaklumkan dia telah membawa kanak-kanak tersebut ke ladang semasa harimau itu menyerangnya.

“Dia tidak tahu tentang harimau itu berada di luar. Dia membawa kanak-kanak itu ke ladang tempat harimau itu bersembunyi. Ia menyerangnya dan dia cedera parah,” jelasnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.