fbpx
Now Reading
“Hanya Salah Faham”- Tular Kereta MPV Diiringi Polis Trafik Rempuh Anggota Bomba [Video]

“Hanya Salah Faham”- Tular Kereta MPV Diiringi Polis Trafik Rempuh Anggota Bomba [Video]

Kemalangan tersebut berlaku ketika salah seorang anggota bomba cuba melintasi kenderaan yang sedang diiringi polis trafik itu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Pengguna jalan raya pasti tahu, kenderaan seperti ambulans dan bomba yang sedang dalam tugasan antara kenderaan yang seharusnya diberi laluan.

Namun begitu, kenderaan polis yang sedang mengiringi golongan VIP juga harus diberikan keutamaan terutama ketika mereka sedang bertugas.

Kemalangan antara Toyota Alphard dan Motosikal JBPM

Baru-baru ini tular satu rakaman dashcam yang dimuat naik seorang pengguna Facebook, Fareez Aiman di grup Dashcam Owners Malaysia memperlihatkan satu kemalangan membabitkan sebuah kereta MPV, Toyota Alphard dan juga motosikal Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM di persimpangan Jalan Tengku Mizan, Kuala Terengganu.

Difahamkan Alphard tersebut merupakan kenderaan yang diiring anggota polis trafik manakala anggota bomba terbabit sedang dalam perjalanan untuk satu tugasan kecemasan.

“Tak tahulah salah polis atau bomba. Polis sedang ‘escort’ VIP, bomba pula ada kecemasan. Akhirnya Peti Ais (Alphard) langgar abang bomba,” tulisnya di kaspyen.

Di awal rakaman kelihatan sebuah motosikal polis trafik berhenti di persimpangan untuk mengawal lalu lintas bagi memberi laluan kepada kenderaan MPV tersebut.

Dua buah motosikal JBPM dipercayai sedang dalam kecemasan

Pada masa sama, kelihatan dua buah motosikal JBPM yang dipercayai sedang dalam kecemasan turut berada di lokasi yang sama.

Malangnya, ketika salah seorang anggota bomba ingin melintasi kenderaan yang sedang diiringi itu, secara tidak sengaja kereta tersebut gagal mengelak lantas merempuh motosikal terbabit.

Kemalangan tersebut yang tular di media sosial telah menjadi bualan hangat orang ramai apabila mereka mempersoalkan pihak mana yang sepatutnya diberikan keutamaan terlebih dahulu.

Kemalangan terjadi hanya disebabkan salah faham

Sehubungan itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Abdul Rahim Md. Din tampil menjelskan, kemalangan itu berlaku adalah disebabkan salah faham.

“Mereka (polis) mengawal aliran trafik bagi memberi laluan kenderaan yang diiring (Toyota Alphard) meneruskan perjalanan ke Jalan Tengku Mizan di sini.

“Dua buah motosikal JBPM tiba dari arah Jalan Kemajuan telah meneruskan perjalanan kerana menyangkakan kawalan trafik di persimpangan lampu isyarat itu bertujuan memberi laluan kepada mereka,” katanya.

Tambah beliau, dalam kemalangan pada pukul 2.30 petang itu, anggota bomba terbabit hanya mengalami kecederaan ringan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.