fbpx
Now Reading
“Jalan Lah Bod*h” – Dia Yang Halang Laluan, Orang Lain Dimaki, Rider Berhenti Di Petak Kuning Dikecam Ramai [Video]

“Jalan Lah Bod*h” – Dia Yang Halang Laluan, Orang Lain Dimaki, Rider Berhenti Di Petak Kuning Dikecam Ramai [Video]

Menerusi rakaman terbabit, jelas kelihatan kesalahan motosikal tersebut yang berhenti di petak kuning serta menghalang laluan kenderaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali menunggu di lampu isyarat, sudah tentu deretan motosikal akan memenuhi ruang hadapan terutamanya pada waktu puncak.

Namun begitu, golongan dua roda ini juga mestilah mengikuti peraturan jalan yang telah ditetapkan dan tidak sewenang-wenangnya berhenti melebihi kawasan yang ditetapkan.

Menerusi satu hantaran video yang dimuat naik di laman Facebook Eem Koya, lelaki terbabit merakam saat dirinya berhenti di salah satu kawasan lampu isyarat..

Motosikal berhenti di petak kuning ketika tunggu lampu isyarat

Pada masa itu, kelihatan dua buah motosikal sedang berhenti di kawasan petak kuning sehingga menghalang laluan kenderaan daripada sebelah kiri.

“Korang yang bangang pergi duduk atas petak kuning halang laluan orang tak pasal-pasal nak ‘bod*h’ kan driver pulak bila kena hon,” tulisnya di kaspyen.

Rider halang laluan kereta serta maki pemandu

Pada video sama, ketika sebuah kereta jenis Citroen C4 Picasso membunyikan hon kerana laluannya di halang oleh motosikal terbabit.

Penunggang motosikal itu secara tiba-tiba berang dan mengeluarkan kata-kata makian kepada pemandu kereta tersebut.

“Jalan besar lah si*l, kat sana boleh jalan lah bod*h, kepala bapak kau,” kata penunggang motosikal itu memarahi pemandu kereta berkenaan.

Menurut pemilik video, lelaki yang berada di sebelah kanan pada awalnya sudah sedikit mengundurkan motosikalnya, namun selepas melihat tindakan penunggang terbabit dia turut bertindak memarahi pemandu kereta itu.

“Yang rider kanan itu macam dah elok nak reverse, bila rider sebelah tunjuk perangai samseng tak pasal-pasal dia nak join sekali,” tulisnya lagi.

Motosikal juga tidak dibenarkan berhenti di petak kuning

Untuk info, larangan berhenti di petak kuning tidak hanya digunapakai bagi kenderaan seperti kereta, van atau lori sahaja. Malah motosikal juga tidak dibenarkan berhenti di dalam kawasan itu.

Menjengah di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial menyelar tindakan penunggang motosikal terbabit yang memarahi serta mengeluarkan kata kesat kepada pemandu kereta yang tidak bersalah sama sekali.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.