fbpx
Now Reading
“London Bridge Is Down” – Ratu Elizabeth II Mangkat, Apakah Yang Akan Berlaku Selepas Ini [Video]

“London Bridge Is Down” – Ratu Elizabeth II Mangkat, Apakah Yang Akan Berlaku Selepas Ini [Video]

Lirik dan tajuk lagu kebangsaan Britain juga dijangka ditukar dari God Save The Queen kepada God Save the King. Ini memandangkan monarki kini di bawah Raja Charles III.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Awal pagi ini, seluruh dunia dikejutkan dengan perkhabaran kemangkatan Ratu Elizabeth II di Istana Balmoral, Scotland pada usia 96 tahun.

Baginda yang merupakan raja paling lama pernah menduduki takhta di United Kingdom iaitu selama 70 tahun menghembuskan nafas terakhir di sisi ahli keluarganya.

Susulan itu, putera tertua baginda iaitu Putera Charles, hari ini secara serta-merta ditabalkan sebagai Raja Charles III dan dijangka akan mengambil takhta secara rasmi dalam masa terdekat dipercayai pada Sabtu ini, 10 September di Istana St James, London.

Persolan yang timbul di kalangan orang ramai, selain Raja Charless III diangkat sebagai Raja, apakah perkara lain yang bakal terjadi selepas Ratu Elizabeth meninggal dunia.

Operasi London Bridge akan diaktifkan

Secara ringkasnya, sebaik baginda mangkat, Operasi London Bridge iaitu kod atau kata laluan untuk perancangan upacara pengebumian baginda akan diaktifkan dan United Kingdom (UK) mula berkabung selama 10 hari.

Setiausaha Sulitnya, Edward Young akan memberikan mesej berkenaan kepada Perdana Menteri, Liz Truss dengan nota ringkas berbunyi : “London Bridge is down”.

Perdana Menteri kemudian akan menyusun jadual perjalanan Operasi London Bridge dimulakan dengan pengumuman kepada dunia luar yang akan didahului oleh 15 kerajaan yang mengiktiraf Ratu Elizabeth sebagai ketua negara diikuti 36 negara dan pemimpin Komanwel lain di seluruh dunia.

Bendera di United Kingdom (UK) dan seluruh Komanwel akan diturunkan separuh tiang manakala semua jadual siaran televisyen dan radio di sana juga akan dikemas kini, bagi menghormati kemangkatan baginda.

Sepanjang tempoh berkabung ini juga, semua stesen televisyen khususnya BBC akan memainkan banyak dokumentari yang tersedia sebagai tanda penghormatan kepada Ratu Elizabeth manakala rancangan berbentuk hiburan seperti program komedi akan dihentikan.

Semua simbol ikonik ditukar

Menurut Independent, semua simbol dan ikonik pada barangan termasuk pingat, setem, duit kertas, syiling yang menggunakan potret mendiang akan digantikan secara perlahan-lahan dengan potret anaknya, Raja Charles III.

Foto : Alaur Rahman/ Pexels

Pada hari sebelum upacara pengebumian, Raja Charles III juga akan mengangkat sumpah setia sebagai Raja dan Ketua Kerajaan UK dengan diiringi 41 das tembakan hormat di Hyde Park, London seterusnya memberikan ucapan rasmi pertamanya.

Premis perniagaan dan urus niaga saham juga akan ditutup sebagai tanda penghormatan.

Lagu Kebangsaan ditukar

Bukan itu sahaja, lirik dan tajuk lagu kebangsaan Britain juga dijangka ditukar dari God Save The Queen kepada God Save the King. Ia memandangkan monarki kini di bawah Raja Charles III.

Difahamkan, banyak lagi perubahan lain yang akan turut dilakukan termasuklah wajah pasport, serta uniform pasukan keselamatan di sana seperti polis dan tentera.

Prince William kini pewaris takhta

Memandangkan Raja Charles sudah diangkat menjadi Raja Britain, secara automatik anak sulungnya dan isteri, iaitu Putera William dan Kate Middleton akan menggunakan gelaran Duke dan Dunchess of Cornwall.

Putera William juga secara automatik akan menjadi pewaris takhta manakala anak pertamanya, Putera George mendahului barisan pewarisan baharu Britian.

Secara keseluruhannya, dengan mengambil kira perbelanjaan pengebumian, pelbagai cuti bank, sertai keraian pertabalan, kemangkatan Ratu Elizabeth menelan kos sebanyak berbilion pound sekaligus menjadi pengebumian diraja yang paling diingati dan terbesar dalam sejarah dunia.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.