Seorang lelaki di Pattaya, Thailand cedera parah akibat ditikam individu yang tidak dikenali dek kerana bercakap terlalu kuat pada 9 September lalu.
Menurut laporan Utusan Malaysia yang dipetik dari TheThaiger, lelaki yang bernama Narintorn itu sedang berehat bersama kawan-kawannya di tepi pantai.
Minta cakap dengan suara lebih perlahan
Kemudian keluar seorang lelaki keluar dari khemahnya lalu meminta agar Narintorn untuk bercakap dengan suara yang lebih perlahan.
Dia yang tidak boleh menerima teguran tersebut lalu menyuruh lelaki itu agar tidak mencampuri urusannya.
Bertindak tikam dada mangsa sebelum larikan diri
Mungkin berang dengan respon balas yang diberikan Narintorn, individu itu kemudian telah mengunakan pisau lalu menikamnya di dada sebelum bertindak melarikan diri.
Susulan itu, pasukan keselamatan dan perubatan telah dikejarkan ke lokasi tersebut dan menjumpai mangsa dalam keadaan yang berlumuran darah lalu dibawa ke hospital berdekatan.
Polis masih kesan individu larikan diri
Sementara itu, pihak polis turut memaklumkan kes tersebut masih lagi berada dalam siasatan serta sedang mencari individu berkenaan.
Kes bising seperti ini bukanlah pertama kali terjadi di Thailand malah lebih teruk lagi ia turut menyebabkan berlakunya keganasan.
Pada Julai lepas, seorang lelaki telah didakwa bertindak menembak mati anak tirinya akibat memasang muzik dengan sangat kuat.