fbpx
Now Reading
Insiden Gigi Palsu Penyokong Tersembur Masuk Longkang Masa Tengok Final Piala FA Undang Dekah [Video]
Marah pengadil hingga tersembur gigi palsu

Insiden Gigi Palsu Penyokong Tersembur Masuk Longkang Masa Tengok Final Piala FA Undang Dekah [Video]

Insiden tersembur gigi palsu ketika perlawanan bola itu berlangsung turut membuatkan penyokong lain yang melihat kejadian itu tidak dapat menahan rasa geli hati mereka.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Perlawanan Akhir Piala FA Malaysia baru-baru ini menyaksikan Johor Darul Takzim (JDT) dinobatkan sebagai juara apabila berjaya menundukkan Terengganu dengan kemenangan 3-1.

Perlawanan tersebut yang berlangsung di Stadium Bukit Jalil, Kuala Lumpur dilihat meriah apabila dipenuhi dengan ribuan penyokong dari kedua-dua pasukan.

Dalam keseronokan menyaksikan perlawanan bola tersebut, tidak dinafikan kita juga tidak terlepas daripada melihat pelbagai gelagat penyokong yang bermacam-macam ragam sehingga ada yang membuatkan anda tidak kering gusi.

Aksi penyokong Terengganu curi perhatian

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan oleh @mizalurima11 yang menunjukkan aksi seorang penyokong Terengganu yang mencuit hati ramai.

Menerusi video tersebut, lelaki itu dikatakan sedang memarahi pengadil dipercayai kerana tidak berpuas hati dengan keputusan yang diberikannya.

Namun tanpa disedari, perbuatannya ‘memaki’ ref tersebut menyebabkan gigi palsunya tersembur hingga terjatuh ke dalam longkang.

@mizalurima11

Pengadil la ni punca,tercabut gigi palsu kwn saya ke longkang 😂😂😂#terengganufc #tiktok #fyp #bukitjalil

♬ original sound – ROLL – ROLL

Gigi palsu tercabut

“Pengadil la ni punca, tercabut gigi palsu kawan saya ke longkang,” tulis @mizalurima11 di dalam kapsyen.

Perkara itu, secara tidak langsung telah membuatkan ramai penyokong Terengganu yang melihat kejadian itu turut ketawa.

Menerusi di ruangan komen @mizalurima11 turut menyatakan longkang tempat terjatuh gigi palsu milik rakannya itu terlalu dalam dan sukar untuk diambil.

Ketawa sambil tutup muka

Lelaki tersebut turut kelihatan ketawa dan dalam masa sama menutup wajahnya dengan baju sehingga ditarik oleh rakan seorang lagi yang berada di sebelahnya.

Menjengah ke ruang komen rata-rata orang ramai rasa terhibur dengan insiden berkenaan sehingga ada menyatakan ia merupakan kenangan yang mahal buat lelaki itu.

“Menang kalah belakang kira tapi kenangan final tu mahal”

“Maki pengadil sampai tersebut lah ni”

“Bang jangan buang sampah merata-rata. Kutip bang walaupun perit”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.