fbpx
Now Reading
Seperti ‘Naik Sheih’, Wanita Tiba-Tiba Buka Langkah Silat Lepas Dengar Tiupan Serunai & Bunyi Gendang [Video]

Seperti ‘Naik Sheih’, Wanita Tiba-Tiba Buka Langkah Silat Lepas Dengar Tiupan Serunai & Bunyi Gendang [Video]

Bagaimanapun, langkah silat wanita itu secara tiba-tiba terhenti apabila alunan muzik yang dimainkan di henti serta-merta.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Silat pengantin ataupun nama lainnya silat sembah pengantin adalah salah satu warisan melayu ketika majlis bersanding sedang berlangsung.

Biasanya pasangan mempelai dikehendaki untuk duduk di kerusi biasa di tengah panas untuk menyaksikan persembahan silat pengantin ini.

Walaupun di tengah panas, pasti akan ada ramai orang yang berkerumun untuk menyaksikan silat pengantin ini kerana pergerakan bunganya yang menarik.

Wanita naik angin lepas dengar tiupan serunai dan bunyi gendang

Namun, lain pula dengan kejadian satu ini apabila seorang wanita seperti naik angin bila mendengar bunyi tiupan serunai dan bunyi gendang.

Menerusi perkongsian video yang dimuat naik di laman TikTok akaun @eitabeauty8, kelihatan dua pesilat perempuan membuat persembahan di hadapan pengantin dan para tetamu yang ada.

Pada masa yang sama, seorang budak lelaki bersama ibunya berada di sana sambil menikmati persembahan yang disajikan.

Secara tiba-tiba kanak-kanak tersebut kelihatan begitu teruja dan bertindak untuk berada dekat dengan pesilat yang sedang melakukan persembahan itu.

Kakak pengantin secara tiba-tiba buka langkah silat

Si ibu yang juga merupakan kakak kepada pengantin bertindak cuba menarik anaknya semula tetapi apa yang mengejutkan apabila dia secara tiba-tiba membuka langkah silatnya.

‘Kakak pengantin naik angin di Kampung Pulau Nyior, Jitra, Kedah. Mula si anak yang bersilat kemudian si mak nya,” tulisnya di kapsyen.

Difahamkan kejadian yang berlaku di Jitra, Kedah itu kerana wanita terbabit mendengar tiupan serunai dan paluan gendang yang dimanikan.

Dalam video sama, kelihatan juga pengantin lelaki menarik kanak-kanak tersebut ke tepi manakala wanita itu cuba ditenangkan oleh dua orang lelaki yang berada di sana.

Silat wanita itu terhenti selepas alunan muzik dihentikan

Bagaimanapun, langkah silat wanita itu secara tiba-tiba terhenti apabila alunan muzik yang dimainkan di henti serta-merta.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata pengguna media sosial berpendapat bahawa wanita terbabit juga mempunyai ilmu bersilatan dan mendakwa bahawa tindakannya itu sebagai “Naik Syeikh”.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.