fbpx
Now Reading
Didakwa Hanya Tersenyum Bila Rosyam ‘Kritik’ Wanita, Hannah Yeoh Mahu Rina Harun Dipecat [Video]

Didakwa Hanya Tersenyum Bila Rosyam ‘Kritik’ Wanita, Hannah Yeoh Mahu Rina Harun Dipecat [Video]

Rina bagaimanapun membalas gurauan tersebut dengan ayat: “Datuk Rosyam, saya nak beritahu, kita selalu dengar di sebalik kejayaan lelaki ada wanita hebat di sebelahnya, tetapi di sebalik kejayaan seorang wanita belum tentu ada lelaki di sebelahnya.”

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, tular di aplikasi TikTok satu video bagi mempromosikan Program Keusahawanan Wanita Bangkit anjuran Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM).

Di dalam video tersebut kelihatan usahawan dan pengarah terkenal, Datuk Rosyam Nor ‘berdebat’ dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Rina Harun mengenai golongan wanita yang selalu ‘lambat’ dalam melakukan segala perkara.

Rosyam guna watak Tailong untuk sebarkan mesej

“Bangun lambat, semuanya lambat. Perempuan ni semua lambat. Bangkitlah daripada tidur, esok (semalam) jom jumpa saya di World Trade Centre (WTC) Kuala Lumpur dalam program Wanita Bangkit bersama Datuk Seri Rina Mohd Harun.

“Datang lah esok (semalam), saya nak ‘belasah’ kepala anda, barulah wanita bangkit,” kata Rosyam Nor dengan menggunakan nada dan gaya dari watak Tailong yang pernah dibawanya di dalam filem KL Gangster sambil disaksikan Rina dan juga pegawai dari KPWKM.

Rina kemudiannya membalas gurauan tersebut dan berkata, “Datuk Rosyam, saya nak beritahu, kita selalu dengar di sebalik kejayaan lelaki ada wanita hebat di sebelahnya, tetapi di sebalik kejayaan seorang wanita belum tentu ada lelaki di sebelahnya.”

Ia kemudian diakhiri dengan gelak tawa dari kedua-dua mereka.

@dsrinaharun

Wanita selalu lambat? Jom sertai Program Keusahawanan Wanita Bangkit @ KPWKM yang akan diadakan di World Trade Centre bermula pukul 9 pagi esok. @Rosyam Nor #RinaHarun #ToWorkToEngage #KPWKMPrihatin #fyp #fypシ

♬ original sound – Rina Harun – Rina Harun

Perkongsian video tersebut bagaimanapun agak kurang disenangi segelintir pengguna Twitter termasuklah dua ahli politik wanita iaitu ADUN Ketari, Young Syefura Othman dan juga Ahli Parlimen Segambut, Hannah Yeoh.

“Bangun lambat? Wanita lambat? Belasah kepala? Apa benda ni Menteri Wanita kat sebelah tu boleh tersengih-sengih macam tu?” soal Young Syefura atau lebih dikenali dengan panggilan Rara.

Hannah mahu Rina digugurkan

Perkara sama turut dibangkitkan Hannah Yeoh yang dilihat kurang gemar dengan gaya Rosyam dalam mempromosikan program tersebut yang disifatkannya sebagai kasar.

Memetik laporan FMT, Hannah Yeoh menegaskan Rina harus digugurkan daripada jemaah menteri kerana telah menjatuhkan imej portfolio yang sedang disandangnya.

Malah dia meluahkan rasa sedihnya apabila melihat agensi dan kumpulan sasar di bawah KPWKM dipergunakan Rina untuk tujuan promosi.

“Cukuplah tiga tahun menjadikan KPWKM ini sebagai bahan gurauan. Saya sedih melihat agensi, pegawai kerajaan dan kumpulan sasar KPWKM digunakan seperti ini.

“Kalau Perdana Menteri Ismail Sabri Yaakob betul-betul serius mengenai perjuangan Keluarga Malaysia, gugurkanlah menteri sebegini yang memperlekehkan peranan wanita.

“Yang harus ‘bangun daripada tidur’ adalah Rina Harun dan Timbalan Menteri beliau (Siti Zailah Yusoff). Tiga tahun sudah melebihi probation period (tempoh percubaan) untuk mereka ‘bangkit’ buat kerja,” katanya dipetik dari FMT.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.