Demi menyelamatkan pesakitnya, seorang pakar bedah di Bangalore, India, telah melakukan satu perkara yang luar biasa apabila rela berlari sejauh 3 kilometer ke hospital selepas keretanya tersangkut dalam kesesakan lalu lintas.
Menurut laporan Kosmo, doktor yang dikenali sebagai Dr. Govind Nandakumar yang juga Pakar Bedah Gastroenterologi di Hospital Manipal, Sarjapur, ketika itu sedang dalam perjalanan untuk melakukan satu pembedahan kecemasan laparoskopi pundi hempedu terhadap seorang pesakit wanita pada 10 pagi, 30 Ogos yang lepas.
Walau bagaimanapun, dalam perjalanannya untuk melakukan pembedahan itu Dr Govind telah tersekat dalam kesesakan lalu lintas yang teruk di Sarjapur, Marathalli.
Bertindak lari 3KM untuk buat pembedahan pesakit
Mungkin bimbang dengan keadaan pesakit, dia lalu bertindak untuk meninggalkan kenderaan yang dipandu oleh pemandunya kemudian berlari sejauh 3 kilometer untuk ke hospital demi melakukan pembedahan berkenaan.
“Setiap hari, saya melakukan perjalan dari Bangalore tengah ke Hospital Manipal di Sarjapur yang terletak di Tenggara Bangalore.
“Melihat keadaan lalu lintas yang teruk, saya membuat keputusan untuk meninggalkan kereta bersama pemandu dan berlari ke hospital tanpa berfikir panjang,” jelasnya.
Susulan itu, pembedahan telah dapat diljalankan dengan lancar serta pesakit turut dilaporkan berada dalam keadaan baik dan sudah dibenarkan pulang.