fbpx
Now Reading
Sangka Dibiarkan Di Kaki Lima Hospital, Rupanya Dua Beradik Ini Tertidur Tunggu Ibu Sedang Sakit [Video]
dua beradik tunggu ibu sakit di kaki lima hospital

Sangka Dibiarkan Di Kaki Lima Hospital, Rupanya Dua Beradik Ini Tertidur Tunggu Ibu Sedang Sakit [Video]

Dua beradik itu bagaimanapun, dimaklumkan telah dibawa pulang oleh keluarga mereka daripada hospital berkenaan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebagai seorang anak sudah pasti kita merasa bimbang sekiranya kedua ibu bapa yang disayangi sakit sehingga terpaksa dirawat di hospital.

Oleh itu, kita akan sedaya upaya untuk membantu dalam meringankan beban mereka antaranya dengan menjaga mereka ketika sakit, memberikan apa-apa keperluan yang sepatutnya dan banyak lagi.

Namun, perkara itu hanya dapat dilakukan sekiranya kita sudah besar dan mempunyai kudrat untuk melakukannya, bagaimana pula jika perkara seperti ini berlaku kepada kanak-kanak yang masih kecil dan sudah pasti mereka akan merindukan ibu bapa tercinta.

Kanak-kanak duduk di kaki lima hospital

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh Ikieyyyy,memaparkan dua orang kanak-kanak yang duduk di kaki lima sebuah hospital di Klang dengan hanya beralaskan tikar hingga membuatkan ramai berasa sebak.

Menerusi video tersebut, kelihatan seorang kanak-kanak lelaki itu membetulkan tikar yang didudukinya manakala terdapat seorang lagi anak kecil yang merupakan adiknya sedang tidur di sebelahnya.

@ikieyyyy

“mak dekat atas, mak sakit, tengah tunggu mak” Allahu 🥺 semoga mak awak cepat sembuh dik 🤲🏻🤲🏻 #fyp

♬ original sound – rhianne

Sangka ditinggalkan kerana ibu bekerja, rupanya sedang sakit

Pada awalnya, Ikieyyy menyangkakan kanak-kanak itu ditinggalkan di situ kerana ibunya sedang bekerja. Ini membuatkan dia sedikit marah apatah lagi dua beradik ini dibiarkan di kaki lima sejak dari pagi.

Namun, apabila dia diberitahu oleh ibunya bahawa kedua-dua anak kecil itu sebenarnya sedang menunggu ibu yang sedang sakit di hospital berkenaan telah membuatkannya berasa sebak.

Dua beradik tunggu ibu sedang sakit

“Nampak dua beradik ni tidur, mulanya ingatkan mak dia orang tinggalkan dekat situ sebab maknya kerja.

“Mak aku pergi tanya, dan aku pula pergi beli biskut dengan air kotak untuk dia orang ni, nampak kesian sangat.

“Awal tu naik angin juga sebab biarkan budak-budak ni dari pagi dekat situ, tapi lepas mak aku cakap dia orang tengah tunggu mak yang sedang sakit dekat atas, terus rasa sebak,” kata ikieyyyy.

Doa agar ibu kanak-kanak cepat sembuh

Dia dalam masa sama, turut berharap agar kanak-kanak itu bersabar serta mendoakan agar ibu mereka diberikan kesembuhan yang cepat.

Perkongsian itu bagaimanapun telah membuatkan orang ramai berasa kasihan melihat dua kanak-kanak itu sehingga ada yang bertanya di manakah lokasi mereka kerana mahu menyalurkan bantuan.

Maklum dua beradik sudah pulang dengan keluarga

Ikieyyyy bagaimanapun, menerusi ruangan komen meminta orang ramai agar tidak risau kerana keluarga kanak-kanak itu sudah pun membawa mereka pulang sejurus sebelum dia meninggalkan hospital berkenaan.

‘Hospital mana saya nak bantu budak tu’

‘Hospital mana ni, kalau dekat dengan saya, saya sanggup tolong jaga dia orang’

‘Allahuakbar tak terkata sedihnya’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.