fbpx
Now Reading
Cara Bijak Pemandu Tegur Kereta Hadapan Yang Terlupa Buka Lampu Dipuji Ramai [Video]
kenderaan tak buka lampu

Cara Bijak Pemandu Tegur Kereta Hadapan Yang Terlupa Buka Lampu Dipuji Ramai [Video]

Sebaik sahaja keadaan jalan menjadi gelap, pemandu kereta itu segera membuka lampu kenderaannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Ketika memandu di waktu malam adakalanya kita pasti pernah berdepan dengan situasi seperti terlupa untuk membuka lampu.

Perkara ini terjadi mungkin kerana laluan yang dilalui itu diterangi dengan lampu jalan atau cahaya daripada lampu kereta di bahagian belakang yang membuatkan seorang pemandu itu tidak sedar akan hal tersebut.

Sebagai seorang pengguna jalan raya adakalanya anda mungkin mahu menegur kenderaan yang berada dalam situasi tersebut dengan antaranya membunyikan hon, memberikan kelipan lampu tinggi atau dengan memandu di sebelah kereta itu dan mengingatkan mereka untuk membuka lampu..

Pemandu tegur kenderaan untuk buka lampu kereta

Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan di grup Facebook Dashcam Owners Malaysia tentang cara seorang pemandu memberitahu kenderaan di hadapannya untuk membuka lampu kereta.

Menerusi video tersebut, kelihatan kenderaan pemandu sedang melalui satu jalan yang gelap.

Kemudian datang sebuah kenderaan berwarna hitam yang keluar dari sebuah simpang dan duduk di hadapan kereta pemandu itu.

Menyedari yang kenderaan tersebut tidak membuka lampunya, dia kemudian cuba menegur pemandu berkenaaan dengan menutup lampu hadapan keretanya.

Jalan gelap, kenderaan hitam segera buka lampu

Ini menyebabkan jalan tersebut menjadi gelap tanpa sebarang cahaya. Pemandu kenderaan berwarna hitam itu kemudiannya dengan segera membuka lampunya dan jalan menjadi terang kembali.

“Cara nak bagi tau orang depan tak on lampu”

Tindakan yang dilakukan oleh pemandu berkenaan mungkin kelihatan mudah namun ia dapat membantu sekiranya kita berada di dalam situasi yang sama serta dapat mengelakkan daripada berlakunya kemalangan yang tidak diingini.

Menjengah ke ruangan komen, ramai yang memuji teknik yang digunakan oleh pemandu berkenaan. Tidak kurang juga ada yang berkongsi pengalaman mereka yang pernah berada dalam situasi yang sama.

“Tak sedar tu baru lepas lalu tempat terang”

“Bagus cara ni”

“Baru dia tahu gelapnya dunia! saya pun kadang-kadang tak perasan tak buka lampu”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.