Isu bekalan air di Malaysia antaranya di negeri Kelantan sudah tidak asing lagi dan berlarutan sejak sekian lama seolah-olah tiada penghujungnya.
Malah, sudah ramai yang membangkitkan isu sama termasuklah usahawan dan selebriti, Fizo Omar yang pernah meminta pihak berkuasa tempatan (PBT) agar campur tangan dalam menyelesaikan isu kualiti air yang sudah lama dihadapi rakyat di negeri Cik Siti Wan Kembang itu.
@nininijaa takut kulat jub* jah guno air ni wak basuh berok kecing . #airkelantan #kelantan ♬ original sound – ameerah ketereh
Terbaharu, menerusi ciapan yang dimuat naik di laman Twitter akaun @artfishstudio, lelaki itu berkongsi beberapa keping gambar yang memaparkan keadaan air yang kelihatan kotor dan berlumpur.
Menurut lelaki yang dikenali sebagai Hafiz itu, dia turut mendakwa bahawa dia tidak mendapat air terawat daripada kerajaan sehingga terpaksa mencari sumber air bersih sendiri.
“I (saya) tak dapat air dari kerajaan, so kena la korek air bawah tanah yang ada. Tunggu hari perhitungan, aku nak ‘claim’ (tuntut) dengan tuan-tuan yang jaga Kelantan,” tulisnya.
Apa yang lebih membimbangkan, lelaki tersebut turut berkongsi gambar keadaan kaki yang mengalami masalah kulit akibat ketiadaan sumber air yang terawat.
Tambahnya lagi, aduan rakyat yang berpanjangan sehingga ke media sosial juga seperti tidak diendahkan sehingga memaksa mereka mencari alternatif lain untuk mendapatkan sumber air yang bersih.
Menurut pengguna Twitter ini lagi, tangki air yang menjadi saluran utama mesin penapis ini hanya mampu bertahan selama satu hari sahaja kerana ia merupakan salah satu sumber air bersih yang boleh didapati di sana.
Difahamkan dia terpaksa melakukan ‘boring air’ untuk kediamannya memandangkan air terawat tidak masuk ke kawasannya.
Susulan itu, Hafiz menyeru pihak berwajib agar mengambil tindakan segera serta berhenti menunding jari menyalahi antara satu sama lain.
“Saya menyeru dengan penuh hormat dan semangat bulan Kemerdekaan yang mulia ini. Merdekakanlah rakyat dari masalah air yang tiada titik noktah ini,” tulisnya lagi.
Untuk info, pendedahan terhadap air tercemar boleh menyebabkan dijangkiti pelbagai jenis penyakit seperti taun, demam kepialu (tifoid), disenteri dan Hepatitis A yang dikategorikan sebagai keracunan makanan.

Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…
Mufti Perak Wan Zahidi berkata, Rasulullah SAW tidak mengamalkan aktiviti memboikot walaupun dengan musuh agama…
Menurut Ustaz Azhar Idrus (UAI), bermain claw machine adalah haram kerana ia termasuk dalam kaedah…
Menurut KPD Bentong, pihaknya telah menerima dua laporan berhubung kejadian itu yang masing-masing dari pengguna…
Wanita yang menggelarkan dirinya nenek itu langsung tidak menunjukkan kemarahan kepada Danish malah, dia turut…