fbpx
Now Reading
“Rupanya Penggali Kubur Tiada Ilmu” – Imam Mimpi Arwah Minta Kedudukan Jenazahnya Dibetulkan [Video]

“Rupanya Penggali Kubur Tiada Ilmu” – Imam Mimpi Arwah Minta Kedudukan Jenazahnya Dibetulkan [Video]

Menurut ustaz itu lagi, tok guru dan bapa arwah juga mendapat mimpi yang sama menyebabkan mereka membuat keputusan menggali semula kubur tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Baru-baru ini, seorang ustaz membuat perkongsian mengenai kisah imam yang bermimpi didatangi arwah seorang pelajar tahfiz yang meminta kedudukan jenazahnya dibetulkan semula.

Menurut ustaz yang dikenali sebagai Ustaz Rafie Zainal, pelajar berusia 17 tahun itu dikatakan meninggal dunia akibat kemalangan motosikal.

Menerusi hantaran yang dimuat naik di laman TikTok akaun @marmk77, Ustaz Rafie berkata pada awalnya urusan pengebumian jenazah pelajar terbabit berjalan dengan sempurna.

@marmk77

Semoga menjadi pengajaran buat kita… pentingnya ilmu dalam kehidupan.#ustazundertaker #ustazsyednorhisyam #tahfiz#ilmuagama #fyp

♬ Original Sound – Unknown

Malam pertama mimpi arwah mintak kedudukannya dibetulkan

Namun, pada malam pertama selepas arwah dikebumikan, imam yang membaca talkin ketika kebumikan jenazah itu bermimpi pelajar berkenaan meminta agar kedudukannya di dalam kubur dibetulkan semula.

Pada awalnya, imam terbabit tidak terlalu memikirkannya kerana beranggapan mungkin ia adalah gangguan daripada syiatan.

“Tok imam tolong betulkan kedudukan saya.’ Malam kedua dia mimpi lagi benda yang sama. Dia rasa lain macam tapi dia abaikan lagi. Malam ketiga dia turut bermimpi perkara yang sama.

“Jadi dia rasa mesti ada benda yang tak kena dan ada benda yang hendak disampaikan. Maka, imam berkenaan beritahu kepada tok guru saya tad,” katanya.

Tok guru dan bapa arwah turut mendapat mimpi yang sama

Lebih menghairankan, tok guru dan bapa kepada arwah pelajar terbabit turut didatangi mimpi yang sama menyebabkan mereka membuat keputusan untuk menggali semula kubur tersebut.

“Mereka bertiga pergi ke kubur untuk bertanya kepada penggali kubur sama ada boleh atau tidak mereka gali kubur balik. Tapi tak boleh sebab negara kita ada undang-undang.

“Maka kena mohon, buat report polis, mohon mahkamah dan bila hakim benarkan barulah boleh gali kubur berkenaan,” katanya lagi.

Menurutnya lagi, proses berkenaan mengambil masa sekitar tiga minggu. Ketika proses menggali semula kubur, pihak polis serta pihak jabatan agama turut hadir bagi menjadi saksi jika berlaku sebarang masalah.

gambar sekadar hiasan (Foto:malaymail)

Kedudukan arwah dalam keadaan terbaring, penggali kubur tiada ilmu

Apa yang lebih mengejutkan, ketika papan yang menutupi jenazah dibuka, keadaan jasad tersebut berada dalam keadaan terbaring dan bukannya menghadap kiblat.

Ketika ditanya mengenai keadaan itu kepada penggali kubur, dia berkata memang seperti itu kedudukan jenazah. Kenyataan yang diberikan itu membuktikan bahawa individu terbabit tidak mempunyai ilmu dalam pengurusan jenazah.

“Setiap kali kebumikan jenazah dia tak bagi waris turun, dia sendiri yang nak turunkan tapi dia tak ada ilmu. Baringkan macam tu je tak menghadap kiblat. Sedangkan menghadap kiblat itu wajib dan satu hak bagi mayat tersebut.

Semua jenazah di tanah perkuburan itu di letak secara terbaring

“Kita tanya kepada penggali kubur, kubur lain macam mana? Dia kata semua macam tu. Sebab tu lokasi kubur tu tak diberitahu sebab bimbang waris-waris lain tuntut nak gali kubur semula,” ujarnya lagi.

Tambah Ustaz Rafie lagi, keadaan jenazah pelajar itu seperti baru sahaja diletakkan memandangkan ia masih berada dalam keadaan wangi dan sempurna walhal sudah tiga minggu dikebumikan.

Hal ini kerana pelajar terbabit sering membaca al-Quran dan sering beramal serta mempunyai akhlak yang terpuji.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.