fbpx
Now Reading
Tampal Pelekat Ada Guna Gelatin Babi, JAKIM Sahkan Logo Halal Pada Soft Candy Tak Diiktiraf

Tampal Pelekat Ada Guna Gelatin Babi, JAKIM Sahkan Logo Halal Pada Soft Candy Tak Diiktiraf

Menurut JAKIM, logo yang tertera pada bungkusan produk gula-gula tersebut adalah tidak diiktiraf oleh pihaknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sejak kebelakangan ini, produk makanan kegemaran kanak-kanak ‘Soft-Candy’ menjadi kegilaan ramai apabila gula-gula gummy dengan jem buah-buahan itu tular di media sosial dan mula dijual secara ‘online’ (dalam talian).

Hal ini menyebabkan ramai yang tidak ingin melepaskan peluang merasai bagaimana rasa gula-gula soft-candy itu ditambah pula dengan bentuknya yang kelihatan comel dan sedap untuk dimakan.

Gula-gula ‘soft-candy’ mengandungi gelatin babi

Bagaimanapun, keterujaan orang ramai membeli gula-gula tersebut terhenti apabila tular gambar kandungan produk itu yang dikatakan mempunyai gelatin babi sedangkan mempunyai logo halal pada bahagian bungkusannya.

Disebabkan itu, ramai yang sudah mula meragui dengan status sebenar gula-gula tersebut dan mula mempersoal bagaimana produk itu boleh dijual dalam pasaran.

JAKIM dihujani pelbagai persoalan daripada orang ramai

Sehubungan itu, ramai mula membuat pertanyaan kepada pihak Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) memandangkan produk tersebut mempunyai logo Halal dari Food Council International Malaysia and Asia Region.

Peka dengan isu tersebut, JAKIM menerusi hantaran di laman Facebook (FB) rasminya tampil memperjelaskan isu sebenar dan berkongsi status halal gula-gula viral tersebut.

Foto: FB/Bahagian Hab Halal, JAKIM

JAKIM tak iktiraf logo halal pada bungkusan produk tersebut

Menurut JAKIM, logo yang tertera pada bungkusan produk gula-gula tersebut adalah tidak diiktiraf oleh pihaknya.

“Untuk makluman semua, produk tersebut telah menggunakan logo halal yang TIDAK DIIKTIRAF oleh JAKIM.

“Justeru, penggunaan logo halal tersebut adalah menyalahi Akta Perihal Dagangan 2011 dan boleh dikenakan tindakan melalui peruntukan perundangan yang berkaitan di negara ini,” jelasnya di FB.

JAKIM nasihat teliti dahulu bungkusan produk sebelum beli

Justeru itu, JAKIM menasihati agar pengguna Muslim untuk tidak membeli produk berkenaan dan sentiasa meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum membeli.

“Pengguna Muslim dinasihatkan untuk tidak memilih produk berkenaan dan meneliti terlebih dahulu label bungkusan produk sebelum melakukan sebarang belian dan transaksi,” tulisnya lagi.

Badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf JAKIM

Foto: FB/Bahagian Hab Halal, JAKIM

Pengguna yang menjumpai produk tersebut di pasaran dinasihatkan mengemukakan aduan lengkap dan menyalurkannya kepada pihak berkuasa iaitu Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) melalui e-mel pr_halal@islam.gov.my atau kepada pihak Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) melalui e-mel e-aduan@kpdnhep.gov.my / http://e-aduan.kpdnhep.gov.my/Untuk mengetahui senarai badan-badan pensijilan halal luar negara yang diiktiraf oleh JAKIM, layari Portal Rasmi Halal Malaysia di www.halal.gov.my atau muat turunnya di https://drive.google.com/…/1hvYRXjsfP9mpPifB_4tG2k17qi1…

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.