“Allahuakbar, Kuatnya”- Lelaki Kongsi Detik Cemas Ketika Gempa Bumi Di Taiwan [Video]
Menerusi video yang dikongsikan tersebut kelihatan bangunan dan air berkocak dengan kuat dan lelaki itu memaklumkan gegaran tersebut merupakan gegaran yang ke 9.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Sejak semalam media telah melaporkan tentang kejadian gempa bumi yang kuat melanda Taiwan.
Insiden tersebut menyebabkan beberapa bangunan telah mengalami gegeran yang hebat serta menakutkan.
Malah bagi sesiapa sahaja yang melalui detik ini pasti akan berasa cemas dan akan sedaya-upaya cuba untuk menyelamatkan diri masing-masing.
Lelaki tunjuk detik cemas semasa gempa bumi
Baru-baru ini, tular satu video yang dikongsikan di TikTok oleh Campersix yang memaparkan detik cemas ketika gempa bumi itu berlaku.
Menerusi video tersebut, kelihatan bangunan hotel yang diduduki oleh lelaki itu bergegar dengan kuat. Dia turut menunjukkan keadaan air di dalam tub mandi yang berkocak dengan laju akibat daripada gegaran tersebut.
Sedang jalani kuarantin
Menurut Campersix di ruangan kapsyen, dia kini sedang menjalani kuarantin di dalam hotel tersebut dan gegaran yang berlaku itu merupakan gegaran yang ke 9.
Dia dalam masa sama turut meminta orang ramai untuk mendoakan keadaan mereka.
“Doakan kami yang masih dalam kuarantin di sini ya. Tingkat 15, gegaran usulan ke 9 tak silap,” tulisnya di kapsyen.
Mempunyai urusan kerja di Taiwan
Melihat di ruangan komen terdapat beberapa pihak yang bertanya apakah yang dilakukan olehnya di negara tersebut. Dia kemudian memaklumkan mempunyai tuntutan kerja dan sekiranya mahu pulang, dirinya perlu melalui beberapa prosedur yang sudah ditetapkan oleh negara itu.
Maklum terdapat satu lagi gegaran pagi ini
Menerusi satu lagi video yang di muat naik oleh Campersix pada jam 10 pagi terdapat satu lagi gegaran susulan berskala 5.5 magnitud yang berlaku namun ia tidak kuat dan memaklumkan dirinya berada dalam keadaan selamat.
“Terima kasih yang bertanya khabar, alhamdulillah masih selamat.
“Kami di Taipei utara Taiwan, titik gegaran di tengah pulau Taiwan.
“Setakat saya post, hari ini hanya ada satu gegeran susulan pada waktu 10.07 pagi,” jelasnya lagi dalam video tersebut.
Ramai doakan dalam keadaan selamat
Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut mendoakan kesejahteraan lelaki itu dan berharap agar dia berada dalam keadaan selamat.