fbpx
Now Reading
Bos Tak Mahu Ambil Bekerja Jika Calon Ada Angka ‘5’ Pada Nombor Telefon, Percaya Bawa Malang
Tak mahu ambil pekerja punyai nombor lima

Bos Tak Mahu Ambil Bekerja Jika Calon Ada Angka ‘5’ Pada Nombor Telefon, Percaya Bawa Malang

Perkara itu dilakukan oleh majikan tersebut kerana mempunyai kepercayaan bahawa nombor lima sebagai digit kelima membawa nasib yang malang.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang majikan yang pelik telah dikecam oleh orang ramai kerana tidak mahu mengambil pekerja yang mempunyai angka lima dalam nombor telefon mereka.

Memetik laporan The Sun, bos sebuah syarikat pendidikan di Shenzen, China itu dilaporkan telah meminta pemohon kerja untuk menukarkan nombor telefon bimbit mereka sekiranya serius mahu bekerja di firma tersebut.

Percaya nombor lima bawa nasib malang

Permintaan pelik itu adalah berdasarkan kepercayaan karut di mana sekiranya mempunyai angka lima sebagai digit kelima nombor telefon bakal membawa nasib yang malang.

Malah permintaan pelik itu turut menjadi perdebatan hangat orang ramai di dalam talian kerana ia tidak mempunya kaitan dengan kemahiran mahupun etika kerja, lapor What’s On Weibo.

Bukan itu sahaja, perkara itu juga membuatkan ramai terpinga-pinga tentang bagaimana syarikat itu mempunyai dasar pengambilan pekerja yang tidak logik.

“Ini abad ke-21, dan masih ada bos yang percaya kepada perkara karut,” kata seorang pengguna Weibo.

“Mengapa kamu tidak mengupah sahaja seorang pakar Feng-shui?” kata seorang lagi pengguna lain.

Ada yang percaya dan setuju dengan majikan itu

Namun turut ada segelintir pihak yang percaya tentang perkara tersebut dan bersetuju dengan keputusan yang dilakukan oleh majikan terbabit.

“Ibu saya memberitahu saya bahawa adalah lebih baik sekiranya nombor telefon saya tidak mempunyai angka sifar atau lima, oleh itu tidak ada satu angka lima pun di dalam nombor saya,” kata seorang lagi pengguna.

Blogger jelaskan nombor lima bawa nasib malang

Seorang blogger yang dikenali sebagai Jimenjun, yang juga pakar Astrologi dan Numerologi turut menjelaskan bagaimana pengambilan pekerja berkemungkinan besar adalah diilhamkan dari teks Cina kuno.

Buku tersebut mengatakan tentang teori nombor lima yang membawa kepada nasib tidak baik.

Jimenjun turut mendakwa seseorang yang mempunyai angka lima sebagai digit kelima nombor mungkin mudah bertembung dengan pihak atasan mereka serta membawa nasib yang malang kepada majikan mereka.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.