Baru-baru ini rakyat Malaysia digemparkan dengan insiden seorang warga emas menembak mati isterinya sebelum menembak dirinya sendiri hingga maut dalam satu kejadian di belakang rumah mereka di Kampung Labu, Jerantut, Pahang.
Dalam insiden yang berlaku pada Jumaat (16 Sept) sekitar jam 8.30 pagi itu, warga emas berkenaan yang merupakan pesara renjer Pejabat Perhutanan Jerantut berusia 73 tahun dipercayai bertindak menembak isterinya yang berusia 67 tahun selepas tercetusnya pertengkaran.
Menurut Ketua Polis Daerah Jerantut, Superitenden Mazlan Hassan, pihaknya menerima satu panggilan kecemasan kejadian bunuh diri menggunakan senjata api dari ketua kampung tersebut sebelum bergegas ke lokasi kejadian.
Jelas beliau, isteri pesara berusia 67 tahun itu ditemukan oleh jiran yang terdengar bunyi dua das tembakan disusuli jeritan meminta tolong dari dapur rumah pasangan itu sekitar 8 pagi.
Hasil siasatan polis mendapati, wanita itu meninggal dunia kerana mengalami kecederaan di bahagian belakang rusuk sebelah kiri.
Menurut laporan media lagi, insiden dipercayai berlaku kerana isteri si mati tidak memberi agihan wang hasil jualan tanah dan menyebabkannya tidak berpuas hati.
Terbaharu, seorang ahli keluarga terdekat pasangan suami isteri tersebut tampil menafikan dakwaan bahawa insiden berlaku akibat agihan wang tanah.
Menurut laporan Boom, pemuda berkenaan yang juga anak saudara kepada mereka menyifatkan laporan media yang tersebar sebelum ini adalah salah dan berunsur fitnah.
Dia yang enggan dikenali merayu orang ramai agar tidak membuat spekulasi yang tidak benar kerana ia boleh mengaibkan arwah dan juga keluarga.
“Laporan mengatakan mereka bergaduh kerana harta adalah tidak benar sama sekali! Mereka gaduh sebab dah tak sehaluan, itu sahaja. Tapi tak sangka pula jadi seteruk ini.
“Mohon kerjasama semua pihak agar tidak membuat spekulasi yang bukan-bukan hingga boleh jatuh fitnah serta mengaibkan arwah mahupun waris,” rayunya meminta ihsan.
Wanita itu sebelum ini berjaya mendapat pengisytiharan bahawa dia bukan beragama Islam setelah memfailkan saman…
Prestasi Malaysia dalam Indeks Kebebasan Media Dunia 2024 menunjukkan penurunan dari 62.83 mata kepada 52.07…
Menerusi tangkap layar dikongsi pendakwah bebas itu, kelihatan seorang perempuan berjalan bersebelahan sekumpulan lelaki bagi…
Menurut KPD Klang Utara, kedua-dua mereka bukan warganegara, tetapi mempunyai dokumen perjalanan yang sah.
Menerusi video podcast tersebut, Aliff yang juga pelakon itu mengakui perlukan bantuan daripada pihak lain…
Pensyarah itu juga dilihat membantu membukakan pintu agar pelajar terbabit dapat menolak masuk basikalnya ke…