
Kematian Yang Dicemburui, Ustazah Meninggal Dunia Sewaktu Pimpin Bacaan Al-Quran
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Setiap yang hidup pasti mati, cuma cara dan waktunya sahaja yang tidak diketahui.
Namun sebagai seorang yang beragama Islam, pasti kita mengharapkan kematian husnul khatimah, di mana pengakhiran dan pemergian dalam keadaan baik dan dimuliakan Allah.
Terbaharu, tular di Twitter video seorang ustazah dari Indonesia yang meninggal dunia sewaktu sedang memimpin bacaan al-Quran yang disiarkan secara langsung di internet.
As she realises her soul is about to return to Allah, she skips to verse 163 of Surah Baqarah and her final words are "Your god is one God".
— muslim daily (@muslimdaily_) September 17, 2022
If there was ever a sign of a good ending this is it. May Allah grant her Jannatul firdaws and grant us all a good ending, Ameen. pic.twitter.com/Rq8YX9ptys
Memetik laporan TV One News, dalam kejadian yang berlaku pada Khamis (15 September), Allahyarhamah Ustazah Taslimah difahamkan sedang memimpin jemaah Masjid As Syafiiyah di Jalan Al Barkah, Tebet, Jakarta Selatan membaca surah al-Baqarah.
Namun sewaktu membaca ayat lima, bacaaan arwah dilihat semakin perlahan dan sedikit lemah. Meskipun begitu arwah tetap berusaha meneruskan bacaannya.
Tidak lama kemudiannya arwah secara tiba-tiba rebah sebelum jemaah yang lain segera membantunya.
Kamera yang sebelum ini dihalakan ke muka Taslimah kemudiannya dialihkan sambil kedengaran suara jemaah wanita lainnya cuba membantu arwah.
Menurut laporan CNN, arwah kemudiannya dikejarkan ke hospital berdekatan namun disahkan sudah meninggal dunia.
Wakil Masjid Al Barkah As Syafiiyah, Alwy Rasyid turut mengesahkan perkhabaran duka tersebut.