fbpx
Now Reading
Doktor Berjaya Bedah Keluar 55 Biji Bateri Dari Perut Wanita Di Ireland
55 biji bateri dalam perut wanita

Doktor Berjaya Bedah Keluar 55 Biji Bateri Dari Perut Wanita Di Ireland

Wanita itu dipercayai menelan sebanyak 55 biji bateri jenis AA dan AAA kerana mahu mencederakan diri sendiri.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekumpulan doktor di Ireland berjaya mengeluarkan sebanyak 55 biji bateri jenis AA dan AAA daripada perut seorang wanita selepas menelannya kerana mahu mencederakan diri sendiri.

Memetik laporan Wion News, menerusi laporan yang diterbitkan dalam jurnal perubatan Ireland pada 15 September yang lalu, warga emas yang berumur 66 tahun itu telah mendapatkan rawatan di hospital di Dublin selepas wanita itu bertindak memakan bateri silinder dengan kuantiti yang tidak diketahui olehnya.

Bateri ditelan merupakan jumlah tertinggi yang pernah dilaporkan

Doktor yang merawat wanita itu turut memaklumkan ia merupakan jumlah tertinggi dilaporkan bagi seseorang untuk ditelan pada satu masa.

“Pengambilan bateri AA yang besar secara sengaja sebagai satu cara untuk mencederakan diri yang disengajakan adalah satu perkara yang luar biasa,” jelas doktor tersebut.

Dalam kes pengambilan bateri yang paling biasa di kalangan kanak-kanak, bateri adakalanya boleh melalui badan tanpa menyebabkan kerosakan.

Boleh menyebabkan kecederaan pada bahagian dalaman badan

Walau bagaimanapun, sekiranya tersangkut di bahagia kerongkong, ia boleh menyebabkan kecederaan yang teruk dan boleh mengancam nyawa, menurut Hospital Kanak-kanak Benioff UCSF.

Ini kerana air liur boleh menyalurkan arus elektrik dalam bateri yang ditelan dan merangsang tindak balas kimia di mana ia boleh membakar esofagus serta mengakibatkan kerosakan pada tisu dan pendarahan yang teruk.

“Potensi bateri silinder untuk mengakibatkan pembedahan kecemasan adalah sesuatu yang tidak boleh dipandang remeh,” menerusi laporan kes warga emas tersebut.

Bateri tak halang saluran usus, lakukan pembedahan selepas dibawah pemerhatian selama seminggu

Dalam kes wanita itu, pemeriksaan x-ray mendapati bahawa bateri di perutnya tidak kelihatan menghalang saluran usus serta tiada bateri menunjukkan tanda-tanda kerosakan struktur.

Selepas seminggu berada dalam pemerhatian, doktor kemudian melakukan pembedahan kepada wanita berkenaan dan mendapati bahawa perutnya tertarik ke bawah disebabkan berat bateri.

Malah bateri itu telah menyebabkan ia menjadi kembung dan merengang ke kawasan di atas tulang kemaluan.

Kumpulan doktor itu kemudian membuat lubang kecil di perut warga emas tersebut dan mengeluarkan kesemua bateri dari organnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.