fbpx
Adik baru meninggal dunia

Jenazah Masih Di Hospital, Rakan Sudah Minta Surat Kematian Kerana Hal Kecemasan

Menurut Asyraff ketika surat kematian itu diminta mereka sekeluarga masih lagi menunggu keputusan ujian swab sebelum jenazah dibawa ke bahagian Forensik.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Kehilangan orang yang tersayang merupakan satu perkara yang sangat sukar untuk diterima dan pastinya membuatkan seseorang yang sedang menghadapinya berada dalam kedukaan buat masa tertentu.

Sebagai seorang manusia kita perlulah menghormati mereka dan membantu apa yang diperlukan selain mendoakan perkara baik buat mereka yang sudah pergi menghadap illahi.

Luah rasa kecewa terhadap rakan

Baru-baru ini, tular di laman Twitter yang dikongsikan oleh Asyraff MF apabila dia meluahkan rasa kecewa terhadap seorang rakan yang mahu menggunakan surat kematian adiknya demi kepentingan sendiri.

Menerusi hantaran itu, individu berkenaan pada mula mengucapkan takziah atas pemergian adik kepada Asyraff dan menyatakan jika ada rezeki akan berjumpa pada keesokkan harinya.

Namun, pada keesokkan hari rakan itu telah meminta surat kematian adiknya kerana mahu digunakan untuk hal kecemasan disebabkan adik yang tidak jadi pulang ke institusi pengajian.

Foto: Twitter Asyraff MF

Nak guna surat kematian orang lain untuk hal kecemasan sendiri

Asyraf yang merasakan perkara itu seperti tidak menghormati situasinya yang baru sahaja kehilangan lalu menyoal tindakan individu tersebut kerana mahu menggunakan surat kematian orang lain untuk hal peribadi sendiri.

Jelasnya lagi, sebagai seorang abang kepada arwah dia rasa terkilan kerana pada ketika itu mereka sekeluarga masih lagi belum menerima maklumat keputusan daripada pihak hospital serta masih menunggu panggilan.

Kongsi kerana mahu beri kesedaran & peringatan

Katanya, tujuan membuat ciapan itu adalah untuk memberi kesedaran dan peringatan kepada semua dan bukan untuk memalukan atau menghina sesiapa.

Malah turut memberikan nasihat untuk cuba bertanya khabar terlebih dahulu dengan cara yang betul kerana sekiranya tersilap ia boleh menyinggung perasaan orang lain terutama jika ia melibatkan soal kematian.

Surat diminta ketika sedang tunggu keputusan

Melihat di ruangan balas, ketika ditanya adakah rakan tersebut hadir ketika arwah dikebumikan? Asyraf menjawab ketika surat itu diminta mereka masih menunggu keputusan ujian swab sebelum adiknya itu dihantar ke bahagian Forensik.

Jelaskan individu berkenaan minta kerana adik mahu pulang ke pusat pengajian, namun mahu melawat rakan buat kali terakhir

Manakala terdapat satu lagi ciapan yang menjelaskan perkara yang sebenar dan memaklumkan individu berkenaan meminta surat tu kerana adiknya pada ketika itu hendak pulang ke pusat pengajian tetapi mahu melawat rakan iaitu arwah buat kali terakhir.

Dalam masa sama dia turut memaklumkan Individu itu memohon maaf atas ketelanjurannya yang meminta surat tersebut dengan cara yang tidak sopan kepada ahli keluarga Asyraff.

Menjawab kepada isu itu, Asyraf memaklumkan dia sudah memaafkan individu tersebut cuma terkilan kerana jenazah masih lagi di Forensik tetapi orang sudah minta sijil kematian.

“Biarlah ahli keluarga selesai urusan semua barulah nak minta surat ke. Bukannya tak nak bagi, cuma cara itu salah,” katanya.

Minta hentikan kecaman kepada individu tersebut dan doakan yang baik-baik

Dia dalam masa sama, turut meminta agar orang ramai, mendoakan perkara yang baik serta tidak mahu individu tersebut dikecam kerana tujuan berkongsi hanya sebagai peringatan buat semua.

“Jangan normalise benda-benda macam ni. Mohon sedekahkan Al-Fatihah buat arwah Airul Ikmal Affizan Bin Mohd Fauzi,” ciapnya.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.