fbpx
Now Reading
“Respect Skill Abang Bas”- Ramai Kagum Lihat Kemahiran Pemandu Keluar Bas Dari Laluan Sempit [Video]
Pemandu bas berjaya keluar dari tempat sempit

“Respect Skill Abang Bas”- Ramai Kagum Lihat Kemahiran Pemandu Keluar Bas Dari Laluan Sempit [Video]

Kecekapan pemandu bas itu berjaya masuk ke simpang selepas melalui jalan yang sempit membuatkan orang ramai kagum selain terhibur dengan sorakan dalam video tersebut.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Laluan yang sempit adakalanya berpunca daripada kenderaan yang tidak meletakkan kenderaan mereka di kawasan yang sepatutnya.

Meskipun melihat kawasan parkir sudah penuh namun ada sahaja yang bertindak untuk membuat ‘double-park’ sehingga menyebabkan jalan menjadi sempit serta sukar untuk dilalui oleh kenderaan lain.

Pemandu cekap kendali bas tarik perhatian ramai

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh @syazana.izy yang memaparkan kecekapan pemandu bas yang mahu keluar dari sebuah jalan yang sempit sehingga menarik perhatian ramai.

Menerusi video tersebut, kelihatan sebuah bas pelancongan yang ingin masuk ke satu simpang namun menjadi sukar apabila terdapat beberapa buah kereta yang menghalangnya.

Situasi buat ramai cemas bimbang jika berlaku perkara tak diingini

Perkara itu bagaimanapun telah membuatkan orang ramai yang berada di kawasan tersebut menjadi cemas kerana bimbang sekiranya bas tersebut melanggar atau menggeser kenderaan yang berada di kawasan itu.

Malah terdapat beberapa individu yang turut berada di kawasan tersebut kerana mahu membantu pemandu bas berkenaan.

Kereta Kancil alih kenderaan mudahkan bas masuk ke simpang tersebut

Bas tersebut turut kelihatan cuba mengubah kedudukannya sebelum datang pemilik sebuah kenderaan Perodua Kancil beberapa minit selepas itu untuk mengalihkan keretanya bagi memudahkan bas tersebut masuk ke simpang berkenaan.

Sebaik sahaja kereta itu dialihkan dengan kecekapan pemandu bas itu dia kemudian telah berjaya masuk ke simpang tersebut dengan selamat dan membunyikan hon sebagai tanda terima kasih kepada orang ramai yang sudah membantunya.

Ramai kagum dan terhibur dengan keletah si perakam

Melihat di ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum melihat kecekapan pemandu tersebut serta terhibur dengan gelagat si perakam yang bersorak apabila bas berjaya dialihkan.

‘Respect dengan kemahiran abang bas’

‘Nak marah terus tak jadi sebab dengar penghibur’

‘Ya Allah terhiburnya, kita tengok ni pun bersorak juga..”

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.