fbpx
Now Reading
“Satu Berapa?”- Pergi Kenduri Kahwin, Uncle Ini Sangka Cendol Perlu Dibayar [Video]
uncle ingat cendol kena bayar

“Satu Berapa?”- Pergi Kenduri Kahwin, Uncle Ini Sangka Cendol Perlu Dibayar [Video]

Pada awalnya Uncle tersebut bertanya jenis cendol apakah yang disediakan sebelum bertanya berapakah harga cendol tersebut kerana mahu membayarnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Majlis perkahwinan kini telah mempunyai banyak perubahan mengikut zaman, jika dahulu kebiasaanya kenduri kahwin hanya akan dilakukan di rumah dan makanan akan dihidangkan di dalam dulang.

Namun kini majlis perkahwinan tidak lagi seperti dahulu malah pihak keluarga pengantin turut menyediakan pelbagai jenis makanan bermula daripada makanan utama sehinggalah ke pencuci mulut.

Adakalanya mereka turut menyediakan beberapa stall kecil untuk setiap jenis makanan seperti makanan ringan, air, kek, cendol serta banyak lagi.

Bagi yang sudah biasa ke kenduri yang menyediakan makanan seperti ini pasti sudah tahu bahawa ia disediakan oleh tuan rumah untuk meraikan tetamunya tetapi berbeza kepada mereka yang tidak biasa mungkin menyangkakan ia perlu dibayar atau sebaliknya.

Sangka cendol di kenduri kahwin perlu dibayar

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dimuat naik oleh Cendol Homemade yang memaparkan seorang Uncle bertanya tentang cendol yang disediakan ketika majlis perkahwinan kerana mahu membelinya.

Dalam video tersebut, kelihatan seorang Uncle telah datang ke stall berkenaan dan bertanya adakah mereka mempunyai cendol panas dan sejuk?

Peniaga stall itu kemudian menjawab ya mereka mempunyai kedua-dua jenis cendol tersebut, kemudian Uncle itu menyatakan dia mahu cendol tersebut.

“Cendol ya? Ada panas ke ada sejuk?

“Yang panas punya satu, yang sejuk punya satu,” kata Uncle itu kepada peniaga cendol berkenaan.

Pesan dua cendol, Uncle tanya berapa harga?

Setelah membuat pesanan, Uncle itu kemudian secara tiba-tiba bertanya berapakah harga cendol tersebut dan dia kelihatan seperti mahu membayar pencuci mulut yang dipesannya tadi.

Soalannya itu bagaimanapun telah membuatkan peniaga cendol itu terkejut dan menyatakan bahawa makanan yang disediakan itu adalah percuma lalu mereka berdua ketawa.

Ramai terhibur lihat telatah Uncle

Meninjau di ruangan komen, ternyata ramai yang terhibur dengan gelagat Uncle tersebut dan menyatakan cara dia bertanya sangat sopan dan comel.

Tidak kurang juga ada yang berkata mungkin cara cendol itu disediakan seperti di kedai dan membuatkan Uncle tersebut keliru.

‘Comel dan sopan sangat’

‘Patutlah mintak macam order dekat kedai, rupanya memang dia ingat orang tu meniaga’

‘Comel, lepas ni Uncle pergi kenduri kahwin mesti cari cendol’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.