fbpx
Now Reading
Cara Khairul Aming Beri Penjelasan Lepas Terima Feedback Sambal Bocor Buat Ramai Kagum [Video]
Khairul Aming, pelanggan sambal nyet

Cara Khairul Aming Beri Penjelasan Lepas Terima Feedback Sambal Bocor Buat Ramai Kagum [Video]

Menerusi video tersebut ramai yang kagum dengan cara Khairul Aming memberi penjelasan yang sangat terperinci dan mudah difahami oleh semua pihak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sebut sahaja tentang influencer dan usahawan, Khairul Aming ini pasti anda semua sudah terbayangkan koleksi resepi serta produk Sambal Nyet keluarannya yang popular.

Malah, sambal yang dijual oleh influencer ini juga turut mendapat sambutan yang menggalakkan dari orang ramai apabila habis dijual pada setiap hari.

Baru-baru ini, salah seorang pembeli sambalnya itu telah memberi cadangan berhubung penambahbaikan pembungkusan produk berkenaan.

Cadangan itu diberikan selepas pembeli tersebut menerima bungkusan sambal yang tertumpah dengan minyak banyak. Oleh itu, dia mencadangkan Khairul Aming agar menambah kotak bagi pembungkusan sambal berkenaan.

Ekoran daripada cadangan tersebut, Khairul Aming menerusi TikTok miliknya telah tampil memohon maaf dan menjelaskan beberapa faktor utama menyebabkan dirinya tidak menggunakan kotak bagi pembungkusan yang sedia ada.

@khairulaming

Ini penjelasan kenapa kita tak pakai extra kotak untuk sambal nyet. Maaf di atas kebocoran sambal dan terima kasih @CikguSamm| Coach Biz & Produk for the feedback! 😊 #makanlokal #sambalnyet

♬ original sound – Khairulaming – Khairulaming

#1 Kadar kerosakan yang rendah

Menurutnya, berdasarkan data penjualan selama seminggu pihaknya telah menjual sekitar 25,000 botol, namun pada setiap minggu isu seperti minyak tertumpah ini sangat jarang berlaku dan sekiranya ia terjadi hanya melibatkan 2 ke 3 botol seminggu sahaja.

Katanya kadar kerosakan bagi sambal tersebut adalah sekitar 0.012% bagi 25,000 botol yang dijual dalam seminggu di mana ini menunjukkan kadar yang sangat rendah bagi pihaknya untuk menambah kotak tambahan pada pembungkusan sambal berkenaan.

#2 Kecekapan masa

Bagi membalut satu bungkusan parcel ia membabitkan sebanyak 1 minit 5 saat dan sekiranya menambah kotak ia akan memakan lebih banyak lagi masa kerana perlu membentukkan kotak terlebih dahulu sebelum membuat bungkusan.

Oleh itu, proses tambahan seperti kotak ini akan menyebabkan bungkusan bagi pelanggan yang lain tergendala kerana kesan yang berterusan.

#3 Kos

Jelasnya, antara sebab lain lagi adalah kos kerana satu kotak mungkin memakan belanja lebih kurang 30 sen, 50 sen atau RM1.00 bergantung kepada saiznya. Jadi sekiranya dalam seminggu mereka menjual sebanyak 25,000 botol ia bersamaan dengan 13,000 bungkusan.

Bagi menggunakan 13,000 kotak bagi pembungkusan ia akan menjadikan satu pembaziran yang kurang efisyen kerana kadar kerosakan yang sangat rendah.

#4 Memudahkan urusan courier

Faktor yang terakhir adalah untuk memudahkan urusan courier kerana dalam sehari mereka akan mengeluarkan 2,000 parcel untuk dibawa keluar oleh pekerja tersebut.

Jelasnya lagi, dengan menggunakan kotak ia akan menyukarkan bagi proses penyusunan di dalam guni kerana ia perlu disusun dengan tinggi dan susah untuk dikendalikan.

Walau bagaimanapun, Khairul Aming turut memaklumkan satu kelemahan yang dimiliki pihaknya adalah setiap pembungkusan sambal itu dikendalikan oleh manusia maka ada masanya terlepas pandang jika ada kesilapan di beberapa proses.

Minta diberitahu jika terima sambal yang rosak

“Sekiranya ada pembeli yang dapat sambal yang pecah, tertumpah atau apa-apa isu sekalipun, tolong beritahu kami.

“Kami ada menyediakan poskad di sambal itu, dan di belakang poskad ada nombor khidmat pelanggan. Boleh hubungi kami, dan kita akan ganti semula dengan sambal yang baharu,” jelas Khairul Aming.

Dia dalam masa sama turut berterima kasih kepada pembeli itu kerana telah memberi maklum balas serta memohon maaf berhubung sambal bocor tersebut dan meminta untuk menghubungi pihaknya bagi penggantian yang baharu.

Ramai kagum cara Khairul Aming beri penjelasan

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai kagum dengan penjelasan terperinci oleh usahawan tersebut serta sikap terbukanya yang berlapang dada dengan setiap cadangan yang diberikan.

‘Lagi banyak pendapat lagi bagus boleh improve, terima kasih kongsi’

‘Letoplah cara explain..’

‘Sukakannya, terus kepada fakta dan tiada alasan. Kunci dalam kejayaan Khairul Aming’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.