fbpx
Now Reading
Dilihat Tak Berdaya Jalan Seorang Diri, Wanita Bantu Hantar Warga Emas Pergi Bank [Video]
Atok jalan seorang diri

Dilihat Tak Berdaya Jalan Seorang Diri, Wanita Bantu Hantar Warga Emas Pergi Bank [Video]

Menurut warga emas itu, ketika ditanya mengapa berjalan kaki. Dia memaklumkan bahawa tidak mempunyai motosikal dan hendak ke bank untuk memeriksa wangnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak kiralah di mana jua kita berada, tatkala melihat orang tua yang sudah dimamah usia pasti kita akan teringatkan kedua ibu bapa atau datuk dan nenek di kampung.

Lebih menyedihkan apabila melihat mereka berjalan seorang diri dengan membawa badan yang sudah tidak berdaya lagi.

Perkara sama turut dirasakan seorang wanita apabila terlihat seorang warga emas yang sedang berjalan seorang diri sambil memegang ranting pokok untuk menyokong pergerakannya.

Lihat Atok berjalan seorang diri

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh Capiqahnzri, dia pada mulanya telah keluar dari satu simpang taman perumahanya sebelum terlihat warga emas yang sedang berjalan itu.

Dia kemudian meneruskan pemanduan kerana tidak dapat memberhentikan kenderaannya disebabkan kereta yang banyak di bahagian belakang.

Mungkin tidak sampai hati melihat Atok tersebut, dia lantas membuat pusingan dan melihat warga emas itu masih lagi tidak berganjak di tempat sama dipercayai kerana kepenatan.

Maklumkan akan hantar ke destinasi yang ditujui

Capiqahnzri kemudian memberhentikan keretanya dan bertanya kemanakah Atok itu hendak pergi dan memaklumkan akan menghantarnya ke destinasi yang hendak ditujui.

Atok itu lalu menjawab dia mahu ke Rembau, Negeri Sembilan dan boleh berjalan kaki, mendengar jawapan itu Capiqah segera meminta Atok tersebut untuk menaiki kenderaannya.

“Atok nak pergi mana? Atok jalan kaki? Tak apa saya tumpangkan, tak apa cepat naik kereta saya ya.

“Saya hantarkan, Atok nak pergi bank ke? Mari elok-elok ya Tok.

“Atok daripada mana?” tanya wanita itu kepada warga emas tersebut.

Atok beritahu nak pergi Bank, tiada motosikal sebab itu jalan kaki

Sebaik sahaja Atok itu memasuki kenderaannya, dia lalu memaklumkan kepada Capiqah mahu ke bank untuk memeriksa wangnya dan menyatakan dia tinggal di Taman Sri Rembau berdekatan dengan kawasan itu.

Jelas Atok itu lagi, dia berjalan kaki kerana tidak mempunyai motosikal dan terpaksa berjalan perlahan-lahan untuk ke destinasi.

“Kenapa Atok jalan kaki?” tanya Capiqah.

“Dah nak buat macam mana, motor tak ada. Perlahan-lahan jalan,” kata Atok itu.

Mudah tersentuh lihat orang tua

Capiqah dalam masa sama turut berkata dia bukan mahu menunjukkan diri baik tetapi hatinya mudah tersentuh dan tidak boleh melihat orang tua dalam keadaan begitu.

Melihat di ruangan komen, rata-rata turut berasa sebak melihat Atok tersebut dan berterima kasih kepada Capiqah kerana telah berusaha untuk membantu warga emas itu.

Tidak kurang juga ada yang teringatkan datuk mereka apabila melihat video tersebut dan mendoakan Capiqah agar sentiasa dimurahkan rezeki.

Ada individu tampil dakwa atuk itu nyanyuk

Dalam pada itu, seorang pengguna telah tampil mendakwa bahawa dia merupakan ahli keluarga terdekat kepada warga emas berkenaan.

Menurutnya, Atok itu mempunyai isteri dan sihat namun mempunyai masalah nyanyuk (demensia).

‘Moga Allah balas jasa baik awak didunia dan akhirat’

‘Gigil Atok tu berjalan bahaya tu, nasib ada akak. Semoga murah rezeki akak’

‘Terima kasih orang baik’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.