
Doktor Kongsi Mengapa Urat Di Kulit Berwarna Hijau Dan Bukan Merah
Menurut doktor tersebut, berdasarkan teori campuran warna, biru dan kuning akan menjadilkan warna hijau dan kerana itu salur darah berwarna hijau.
Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami
Jika dilihat pada anggota badan manusia, pasti kita akan perasan kewujudan urat yang timbul di bawah kulit dengan warna kehijau-hijauan.
Namun, apabila memikirkan tentang warna darah sudah pasti akan membuat kita tertanya-tanya mengapakah ia tidak berwarna merah?
Kenapa urat berwarna hijau bukan merah?
Usah bimbang, seorang Pakar Perubatan iaitu Dr. Khairul Hafidz telah tampil menerusi Twitter miliknya untuk memberi penjelasan berhubung mengapa urat berwarna hijau dan bukan merah.
Jelasnya situasi itu berlaku kerana perbezaan panjang gelombang (different wavelength) di mana darah jika dilihat darah secara terus akan lebih banyak memantulkan cahaya merah sekaligus membuatkan ia berwarna merah.
Mengapa ada salur darah kita lihat di kulit berwarna hijau?
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) September 20, 2022
Ini adalah kerana perbezaan panjang gelombang (different wavelength).
Jika kita melihat darah secara terus, darah lebih banyak memantulkan cahaya merah, sebab itu darah nampak berwarna merah. pic.twitter.com/JzRyZypU2P
Salur darah vena bertindak bawa darah terdeoksigen, CO2 pantul warna biru
Menurutnya lagi, salur darah pada kulit lebih banyak salur darah vena. Salur darah ini bertindak untuk membawa darah terdeoksigen (deoxygenated blood) di mana ia banyak membawa karbon dioksida (CO2).
CO2 pula banyak memantulkan cahaya berwarna biru manakala kulit serta lemak pula banyak memantulkan cahya kuning.
“Dalam teori campuran warna, biru dan kuning akan menghasilkan warna hijau.
“Kerana itulah kita dapat lihat ada salur darah kita berwarna hijau,” ciap doktor itu.
Kulit dan lemak di kulit pula banyak memantulkan cahaya kuning.
— Khairul Hafidz (@khairul_hafidz) September 20, 2022
Dalam teori campuran warna, BIRU dan KUNING akan menghasilkan warna HIJAU.
Kerana itulah kita dapat lihat ada salur darah kita berwarna hijau.
Salur darah pada kulit banyak pantul warna biru
Katanya lagi, saluran darah yang dekat pada kulit lebih banyak memantulkan cahaya yang berwarna biru. Oleh itu, ia adalah sebab mengapa salur darah vena manusia jika dilihat berwarna biru.
Menjengah ke ruangan balas, perkara ini turut menjadi tanda tanya kepada segelintir pihak dan penjelasan yang diberikan oleh doktor ini ternyata menjawab segala persoalan mereka.
Baru terpikiaq haritu dalam toilet, dah timbul jawapan😂 https://t.co/njTTunnNu5
— 阿齐玛 ⚯͛ (@JimahArshad) September 21, 2022
Just know this fact after 23 years😂, ingatkan urat tu mmg colour biru https://t.co/vKeowhRh7x
— nbll_zn (@nbll_zn) September 20, 2022
Oooo kuuu baruuu tahuu the real meaning of the green veins 🤓 https://t.co/ivOmSjMajw
— ☀ (@njwsbrnz) September 21, 2022
Kalau kat area bawah wrist tu kan ada salur darah warna purple jugak. Merah + biru kee dapat purple https://t.co/6TDq9btGjM
— Syerawr 🐾 (@roseadelea) September 21, 2022