fbpx
Now Reading
Pengaktifan Baharu Ciri Maybank Secure2U Akan Beralih Ke MAE Mulai 26 September

Pengaktifan Baharu Ciri Maybank Secure2U Akan Beralih Ke MAE Mulai 26 September

Menurut Maybank, perubahan ini bagaimanapun hanya melibatkan pengaktifan pada peranti baharu sahaja.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekitar Februari yang lalu, Maybank mengumumkan sebarang transaksi melibatkan pihak ketiga (3rd party) kini hanya akan menggunakan ciri pengesahan sekuriti menerusi Secure2U.

Ini bermakna apabila pelanggan melakukan pindahan wang, tidak kiralah sama ada pemindahan dari Maybank ke Maybank atau pemindahan jenis IBG (Interbank GIRO), mereka tidak lagi akan menerima SMS TAC sebaliknya perlu mengesahkan transaksi menerusi Secure2U pada aplikasi M2U atau MAE.

Baca artikel berkaitan : Maybank Henti Guna SMS TAC, Beralih Pada Secure2U Untuk Semua Transaksi 3rd Party Mulai 8 Mac 2022

Namun terbaharu, Maybank memaklumkan ciri pengaktifan Secure2U baharu akan dipindahkan secara kekal dari aplikasi M2U MY ke aplikasi MAE, bermula 26 September 2022.

Hanya libatkan pengaktifan pada peranti baharu

Menurut Maybank, perubahan ini bagaimanapun hanya melibatkan pengaktifan pada peranti baharu sahaja.

Buat pelanggan yang sudah mengaktifkan Secure2u pada aplikasi M2U di peranti masing-masing, mereka masih boleh meluluskan transaksi seperti biasa.

Selain itu, bagi mengukuhkan lagi keselamatan perbankan dalam talian, mulai Oktober 2022, ciri Secure2u pada aplikasi MAE akan dipertingkatkan dengan tempoh pengaktifan 12 jam apabila pengguna membenarkan Secure2u pada peranti lain. Ia sekali gus dapat menghalang sebarang kelulusan Secure2u yang tidak dibenarkan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.