https://twitter.com/jnmalaysia/status/1571468994334564357
Baru-baru ini tular di aplikasi TikTok, sebuah video memperlihatkan seorang pemuda dengan selamba merakam dan memegang janggut penceramah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) dalam satu majlis agama dipercayai di Taiping, Perak.
Menerusi video tersebut, pemuda berkenaan dilihat berbuat sedemikian sebaik berpeluang bersalaman dengan pendakwah bebas tersebut.
Tindakan berkenaan ternyata mengejutkan beberapa hadirin di sana termasuklah seorang pengawal peribadi yang dilihat merenung tajam ke arahnya.
Mula dimuat naik oleh Fyfa Dhaus, video berkenaan kemudian mula tular dan sohor di platform media sosial lain termasuk Twiter hingga membangkitkan kemarahan orang ramai yang menyifatkan dia sebagai biadap dan tidak menghormati tokoh agama.
Isu ini turut menarik perhatian personaliti dakwah inlfluencer dan personaliti dakwah, Iddin Ramli yang tampil menegur tindakan individu berkenaan.
Menurut Iddin, perbuatan tersebut adalah tidak beradab sekiranya dia tidak mendapat keizinan UAI. Namun jika sudah mendapat keizinan, perbuatan tersebut tetap diangap keterlaluan memandangkan ianya turut dirakam seolah-olah untuk dijadikan konten.
“Mujur UAI baik tak melenting. Kalau orang lain tu mungkin dah kena cepuk (ketuk). Kita tak tahu. Dengan merekod lagi. Agak-agaklah. Saya tak tahu dia dah dapat keizinan ke belum pegang janggut UAI. Kalau belum memang biadab la.”
Iddin Ramli
Tambah influencer ini lagi, walaupun perbuatannya itu seolah-olah mahu dijadikan content, ia tidak patut dipraktikkan memandangkan kita seharusnya menjaga ada ketika bersemuka dengan alim ulama.
“Kalau perasan dia rakam waktu dia pegang janggut tu. Kita ni kalau buat content jangan sampai tak ada adab dengan ulama. Bahagian muka jangan sentuh melainkan dah dapat keizinan. Kalau dapat keizinan, pegang saja. Tak perlu sampai nak rakam.
“Kena jaga adab dengan seorang ulama dan seorang guru,” ulasnya lagi.