fbpx
Now Reading
Papan Tanda ‘A3’ Di Lebuhraya SUKE Sudah Diturunkan & Diganti Baharu
tukar papan tanda lebuhraya SUKE

Papan Tanda ‘A3’ Di Lebuhraya SUKE Sudah Diturunkan & Diganti Baharu

Difahamkan, papan tanda yang tular hanyalah papan tanda tambahan dan ia hanyalah satu inisiatif sampingan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Lebuhraya Sungai Besi – Ulu Kelang (SUKE) fasa pertama yang bermula dari persimpangan Cheras-Kajang sehingga ke Hulu Klang baru sahaja dibuka pada 16 September yang lalu.

Malah, pemandangan sekelilingnya yang cantik selain kemudahan tol percuma selama sebulan menyebabkan ramai pengguna jalan raya mahu mencuba menggunakannya lebuh raya ini.

Baca artikel berkaitan: SUKE Highway: PROLINTAS Kenal Pasti Lokasi ‘Panas’ & Tingkatkan Keselamatan Lebuh Raya

Kecoh saiz papan tanda terlalu kecil

Namun, baru-baru ini kecoh di media sosial apabila saiz papan tanda di persimpangan lebuh raya yang menunjukkan susur keluar di antara Hulu Langat dan Ampang menjadi perdebatan hangat di kalangan orang ramai.

Saiz papan tanda yang diletakkan itu dikatakan terlalu kecil dan mengelirukan selain akan menyebabkan pengguna jalan raya sukar untuk melihatnya ketika melalui jalan tersebut.

Foto: FB PROLINTAS Highways

Papan tanda Lebuhraya SUKE ikut piawaian yang ditetapkan

Susulan daripada perkara tersebut, Syarikat Projek Lintasan Kota Holdings Sdn. Bhd (PROLINTAS) menerusi laman Facebook rasminya memaklumkan bahawa kesemua papan tanda di Lebuhraya SUKE telah diluluskan mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak berkuasa.

Jelasnya, papan tanda yang tular tersebut adalah papan tanda tambahan dan ia hanyalah satu inisiatif sampingan.

Namun berdasarkan maklum balas pengguna yang diterima, pihaknya telah menggantikan papan tanda berkenaan dengan saiz yang lebih sesuai.

Sudah ditukar dengan saiz lebih sesuai

Foto: FB PROLINTAS Highways

“Maklum balas pengguna dipertimbangkan dan papan tanda tambahan telah dicabut untuk digantikan dengan saiz yang lebih sesuai,” tulisnya dalam hantaran itu.

Menurutnya lagi, bahagian operasi Lebuhraya SUKE sentiasa komited untuk memastikan perkhidmatan lebuh raya terbaik.

Dalam masa sama, PROLINTAS turut menyarankan agar pengguna sentiasa peka dan mematuhi kesemua papan tanda yang disediakan di Lebuhraya SUKE.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.