fbpx
Now Reading
Setelah 7 Tahun, HappyFresh Umum Tutup Operasi Di Malaysia

Setelah 7 Tahun, HappyFresh Umum Tutup Operasi Di Malaysia

Pengurusan HappyFresh dalam masa sama turut berterima kasih kepada orang ramai khususnya para pelanggan kerana memberi mereka peluang untuk berkhidmat.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Berita duka buat semua pengguna HappyFresh. Setelah 7 tahun berkhidmat kepada pelangan, HappyFresh yang sinonim dengan penawaran diskaun dan promosi hebat untuk pengguna hari ini mengumumkan akan menutup sepenuhnya operasi mereka di Malaysia.

Menerusi satu hantaran di Facebook, platform runcit dalam talian tersebut memaklumkan keputusan menutup operasi secara serta-merta itu terpaksa diambil ekoran dari keadaan ekonomi semasa.

Pengurusan HappyFresh dalam masa sama turut berterima kasih kepada orang ramai khususnya para pelanggan kerana memberi mereka peluang untuk berkhidmat.

“Sepanjang 7 tahun yang lalu, kepercayaan dan sokongan anda telah membantu kami menyediakan pekerjaan untuk 850 pekerja, pertumbuhan yang tidak dapat diatasi untuk kedai-kedai yang didapati dalam aplikasi kami, dan kegembiraan yang tidak dapat digambarkan kepada semua HappyFreshers yang telah mengalami keistimewaan tersebut untuk menghantar barangan runcit ke rumah anda.

“Dari lubuk hati kami, kami berterima kasih kerana telah memberi kami peluang untuk memudahkan hidup anda,” kata kenyataan tersebut.

Carian kami di dalam aplikasi HappyFresh turut menemui nota sama yang dikongsikan pasukan mereka.

Selain menjadi pilihan orang ramai sepanjang Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikenakan, HappyFresh turut membantu orang ramai dengan menyediakan lebih 850 pekerjaan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.