fbpx
Now Reading
“Teringin Nak Tengok” – Permintaan Lelaki Ini Mahu Orang Edit Fotonya Agar Kelihatan Normal Buat Ramai Sebak

“Teringin Nak Tengok” – Permintaan Lelaki Ini Mahu Orang Edit Fotonya Agar Kelihatan Normal Buat Ramai Sebak

Hantaran tersebut bukan sahaja dihujani ribuan komen yang positif, malah ramai individu turut tampil menyunting foto seperti yang diinginkannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dapat dinafikan setiap manusia akan diuji dengan ujian yang berbeza-beza. Ada yang diduga dengan kemewahan, kesempurnaan dan ada juga yang diuji dengan kesusahan atau kekurangan.

Terbaharu, tular di Facebook satu hantaran yang dikongsikan seorang lelaki, Faiz Noor di grup Facebook Edit Apa Hari Ini yang meminta bantuan ahli kumpulan tersebut untuk menyunting fotonya.

Dia yang merupakan seorang Orang Kurang Upaya (OKU) dengan kecatatan pada tulang belakang telah berkongsi satu foto memperlihatkan dia bersama isteri dan anak-anaknya sedang berposing di hadapan sebuah kereta.

Menerusi hantaran tersebut dia meminta ahli grup itu untuk menyunting foto asal tersebut agar beliau dapat tampil seperti individu normal.

“Boleh tak edit badan saya sempurna macam orang normal. Teringin sangat nak tengok,” tulisnya pada hantaran tersebut.

Hantaran tersebut ternyata menarik perhatian ramai ahli grup berkenaan. Beberapa pengguna media sosial yang terdiri dari editor profesional dan amatur kemudiannya tampil menyunting foto seperti yang dipinta Faiz.

Bukan setakat itu sahaja, kebanyakan netizen yang sebak turut mengambil peluang mendoakan kesejahteraan untuk beliau sekeluarga.

Pendakwah terkenal, Ustaz Azhar Idrus (UAI) turut tidak terkecuali apabila tampil meninggalkan komen dan memaklumkan bahawa lelaki itu sudah cukup sempurna.

“Alhamdulillah, saya lihat awak sudah sempurna, Tidak perlu edit lagi,” komen Ustaz Adhar Idrus ringkas.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.