fbpx
Now Reading
“Cicak Pun Dia Telan”- Lelaki Gemar Makan Haiwan & Serangga Hidup-Hidup, Dakwa Rasanya Enak [Video]
Makan haiwan hidup hidup

“Cicak Pun Dia Telan”- Lelaki Gemar Makan Haiwan & Serangga Hidup-Hidup, Dakwa Rasanya Enak [Video]

Jelas lelaki dari Indonesia ini dia juga gemar memakan daging haiwan seperti ayam dan anak harimau, malah tidak suka jika ia dimasak.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki di Indonesia mempunyai hobi yang pelik dan mengundang rasa jijik kepada orang ramai apabila membuat naik satu rakaman yang menunjukkan dirinya sedang memakan haiwan dan serangga yang masih hidup.

Menurut laporan Kosmo yang dipetik dari laman portal Suara, perkara itu telah dikongsikan oleh satu akaun Instagram @terangmedia, kata individu tersebut selain cicak dan serangga, dirinya juga turut pernah memakan haiwan lain seperti ular, lipan serta kalajengking.

Tunjuk makan satu per satu haiwan

Dalam video berdurasi selama lima minit itu dia turut menunjukkan aksinya satu persatu haiwan hidup itu dimasukkan ke dalam mulut sambil menerangkan setiap satu jenis haiwan dan serangga yang dimakan.

“Ini adalah hidangan biasa bagi saya dan bukan mahu menunjukkan apa-apa amalan tentang bagaimana mahu menjadi manusia kebal.

“Serangga dan haiwan yang saya beritahu dalam video ini adalah hidangan kegemaran kerana pada saya, semua serangga ini rasanya sangat enak. Terima kasih,” jelas lelaki itu.

Kata lelaki itu lagi, dia juga gemar memakan daging haiwan seperti ayam, dan juga anak harimau yang mentah dan tidak suka sekiranya makanan itu dimasak seperti kebiasaan.

Ramai beri cadangan makan serangga lain

Berdasarkan tinjaun kami di ruangan komen video tersebut, rata-rata orang ramai turut mencadangkan agar lelaki tersebut untuk mencuba serangga lain dan ada juga menyatakan perbuatan itu mengundang penyakit.

‘Abang cuba makan cacing gelang & cacing kremi’

‘Buat virus baru’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.