fbpx
Now Reading
Minat Tak Direstui Bapa, Remaja Menangis Selepas Koleksi Barangan K-Pop Dibakar [Video]
Sedih koleksi barangan K-Pop Dibakar

Minat Tak Direstui Bapa, Remaja Menangis Selepas Koleksi Barangan K-Pop Dibakar [Video]

Jelas wanita itu, bukan hanya koleksi barangan K-Pop sahaja yang dibakar malah jurnal yang dibuat sendiri oleh gadis tersebut turut hangus menjadi abu.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap di antara kita sudah pasti mempunyai minat dan citarasa yang tersendiri. Minat juga datang dari pelbagai kategori sebagai contoh ada yang meminati muzik dan kumpulan K-Pop.

Adakalanya dek kerana minat ada juga yang sanggup berhabis duit untuk membeli beberapa koleksi kumpulan yang diminati dan ia bukanlah murah.

Sedih koleksi barangan K-Pop dibakar

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok dikongsikan oleh Cikatienn yang dipercayai ibu kepada seorang pelajar sekolah menengah yang memaparkan kesedihan anaknya sehingga membuatkan orang ramai berasa kesal.

Menerusi video tersebut, kelihatan si anak yang berpakaian uniform sekolah sedang menangis apabila menyedari barangan koleksi kumpulan K-Pop kesayangannya habis dibakar kerana tidak disukai oleh ibu bapa.

Apa yang membuatkan dia berasa lebih sedih adalah sebelum tindakan itu dilakukan mereka tidak bertanya kepadanya terlebih dahulu.

https://www.tiktok.com/@cikatienn/video/7146386491919453466?is_from_webapp=1&sender_device=pc&web_id=7089736029175531010

Barangan koleksi ada yang diberi, jumpa bongkah besi masih ada serpihan elok

Jelasnya, setiap barangan itu mempunyai nilai yang mahal dan terdapat juga sebahagian dari koleksi berkenaan diberi oleh rakan-rakan. Selain koleksi tersebut, buku jurnal yang dibuat sendiri turut dibakar sehingga menjadi abu.

Meskipun tahu ia sudah dibakar namun gadis ini tidak berputus asa untuk mencari sekiranya masih ada serpihan yang elok untuk disimpan.

Setelah mencari dia kemudian terjumpa sebongkah kotak besi di mana dalamnya terdapat beberapa koleksi seperti gambar dan butang pin selebriti Korea yang diminati.

Jika tak suka beritahu cara baik

“Tak suka pada minat anak, beritahu dengan baik. Mungkin dia boleh terima.

“Bukan terus bakar macam ni, minat sahaja bukan taksub,” kata ibunya itu dalam video tersebut.

Wanita itu dalam masa sama turut menasihatkan anaknya agar tidak lagi menyimpan koleksi sebegitu dan menjadikan ia sebagai satu pengajaran.

Ibu turut kongsi jurnal yang pernah dihasilkan

Dalam satu lagi video yang dimuat naik, ibunya itu turut berkongsi jurnal yang dibuat oleh anaknya itu.

Difahamkan koleksi barangan tersebut telah dibakar oleh ayah kepada gadis ini.

@cikatienn

Replying to @neauxher antara buku yg dia buat sdri.#inistylekita #kpop #journal #korea

♬ Fine – TAEYEON

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai kesal dengan tindakan yang dilakukan oleh ibu bapa tersebut dan menyifatkan mereka perlu menghormati minat anak-anak.

“Ni la punca anak-anak jadi lebih rapat dan percaya dengan kawan-kawan luar dari family”

‘Minat K-Pop ni satu fasa ni je’

‘Kenapa dibakar? Sepatutnya hargai perasaan anak’

‘Saya juga ibu, saya hormat minat anak-anak’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.