fbpx
Now Reading
“Dia Bantu Saya” – Wanita Terkilan Tak Sempat Ucap Terima Kasih, Rider Yang Dicari Sudah Meninggal Dunia

“Dia Bantu Saya” – Wanita Terkilan Tak Sempat Ucap Terima Kasih, Rider Yang Dicari Sudah Meninggal Dunia

Difahamkan Allahyarham Rudi Hermawan Sumarno telah membantunya membuka laluan sewaktu dia sedang dalam perjalanan ke hospital untuk melahirkan bayi sehari sebelum maut kemalangan.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak mudah sebenarnya menjadi seorang rider penghantaran. Anda terpaksa merisikokan keselamatan diri dengan berada di atas jalan lebih lama dari orang lain, selain meredah gelap malam, hujan, panas, dan ribut hanya untuk memastikan ‘pakej’ dibawa sampai ke orang yang sepatutnya.

Namun itu tidak menghalang mereka dari terus membantu orang ramai yang memerlukan bantuan di atas jalan. Ini boleh dilihat apabila terdapat ratusan video dan foto tular yang memperlihatkan ramai dari golongan rider ini akan menjadi individu terawal yang akan menghulurkan bantuan apabila perlu.

Baru-baru ini tular di TikTok satu perkongsian video perbualan WhatsApp seorang wanita yang terkilan sebaik mendapat tahu rider Foodpanda yang membantunya maut selepas dilanggar seorang pemandu disyaki mabuk di Gemereh, Segamat, Johor pada 21 September.

Menerusi satu video yang dimuat naik @JajaED, wanita itu yang dikenali sebagai Nurr pada mulanya ingin mencari seorang rider makanan yang telah membantunya membuka laluan sewaktu dia sedang dalam perjalanan ke hospital untuk melahirkan bayi pada 20 September yang lalu.

Namun hajatnya tidak kesampaian selepas apabila mendapat maklumat yang individu baik hati itu iaitu Allahyarham Rudi Hermawan Sumarno telah meninggal dunia selepas terlibat dalam satu kemalangan hanya sehari selepas membantunya.

@ainolfajariahtaiyib sehari sblom😭 #tiktokpelitfyp ♬ original sound – JajaED

Bagi memastikan invididu berkenaan adalah sama dengan lelaki yang sedang dicarinya, dia lantas berkongsi foto rider tersebut sebelum ianya disahkan oleh sepupu mangsa.

“Saya baru niat nak mencari dia. Dia tolong saya pada 20 September lepas jam 5 lebih. Saya sakit nak bersalin. Dia bantu buka jalan untuk laluan kami.

“Ya Allah menggigil saya bila dapat tahu dia orang yang sama,” katanya sebak menerusi tangkap layar perbualan tersebut.

Difahamkan arwah Rudi sebenarnya bekerja sebagai jurugambar perkahwinan dan hanya melakukan kerja menghantar makanan secara sambilan.

Berita pemergian Allahyarham turut dikongsikan rakan-rakannya dan laman Facebook Pergerakan Pemuda Umno Sekijang.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.