fbpx
Kanak-kanak masukkan jarum akupuntur dalam kemaluan

Doktor Terkejut Jumpa Jarum Akupuntur Dalam Alat Sulit Budak 11 Tahun

Menurut kanak-kanak tersebut, dia memasukkan jarum akupuntur itu kerana bosan selain ingin mengetahui adakah ia boleh dilakukan atau sebaliknya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Sekumpulan doktor di Beijing, China terkejut selepas mendapati terdapat jarum akupuntur pada kemaluan seorang kanak-kanak lelaki yang berumur 11 tahun selepas imbasan X-ray dilakukan ke atasnya.

Menurut laporan Kosmo yang dipetik dari MailOnline, pengamal perubatan telah membuat pemeriksaan tersebut apabila kanak-kanak itu mengadu sukar untuk membuang air kecil.

Dibawa ke hospital untuk jalani X-ray, jumpa 8cm jarum akupuntur

Oleh kerana tidak dapat memaklumkan bagaimana kesukaran yang dialaminya, dia kemudian dia bawa ke Hospital Kanak-Kanak Jiangxi di wilayah Jiangxi agar imbasan X-ray dapat dilakukan.

Sebaik sahaja X-ray dilakukan, para doktor terkejut apabila mendapati terdapat jarum akupuntur sepanjang 8 sentimeter berada dalam kemaluannya dan ia secara tidak langsung telah menyekat saluran pundi kencing.

Masukkan jarum sebab bosan, jalani pembedahan dan dibenarkan pulang

Selepas ditanya, kanak-kanak itu akhirnya mengaku telah bertindak memasukkan jarum itu ke dalam kemaluannya disebabkan bosan serta mahu mengetahui adakah perkara tersebut boleh dilakukan atau sebaliknya.

Ketua perubatan, Rao Pinde memaklumkan jarum itu dimasukkan oleh kanak-kanak tersebut selama 12 jam sebelum menyedari mengalami kesukaran untuk membuang air kecil.

Kanak-kanak itu kemudian menjalani pembedahan bagi mengeluarkan jarum berkenaan dan dibenarkan pulang selepas prosedur tersebut selesai.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.