fbpx
Now Reading
Lelaki Terkejut Lepas Tahu Bekas Suami Ibu Setiap Hari Kencing Di Kubur [Video]
Lelaki datang kubur bekas isteri tinggalkan kencing dan najis

Lelaki Terkejut Lepas Tahu Bekas Suami Ibu Setiap Hari Kencing Di Kubur [Video]

Menurut Michael, lelaki terbabit telah meninggalkan beg najis dan air kencing di atas batu nisan ibunya pada setiap pagi dan ia seolah-olah seperti rutin biasanya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Seorang lelaki di Amerika Syarikat ‘kantoi’ melakukan perkara tidak senonoh di kubur bekas isterinya selepas 48 tahun bercerai apabila tindakannya itu telah berjaya dirakam dari kamera tersembunyi.

Memetik laporan Daily Star, Linda Louise Torella telah meninggal dunia akibat kanser pada tahun 2017 sewaktu berusia 66 tahun. Dia kemudian telah dikebumikan di tanah perkuburan di Gereja Reformasi Tappan di Orangetown, New York.

Ada seorang lelaki meninggalkan satu beg berisi najis

Rakaman itu telah dimuat naik oleh anak lelakinya, Michael Murphy yang berusia 43 tahun dan memaklumkan terdapat seorang lelaki yang datang ke kubur ibunya hampir setiap hari dan meninggalkan satu beg berisi najis.

Menerusi video, kelihatan seorang lelaki dilihat keluar dari sebuah kenderaan SUV dan berjalan ke arah kubur dan kemudian telah menanggalkan seluarnya dan membuang air kecil di kawasan tersebut.

Beg najis & kencing ditinggalkan setiap pagi

“Perkara ini menghancurkan hati saya. Seorang lelaki dari daerah Bergen, New Jersey telah meninggalkan beg najis dan air kencing di atas batu nisan ibu saya hampir setiap pagi seperti ‘rutin biasa’ yang dibantu oleh isterinya.

“Kami mempunyai bukti berminggu-minggu dan berbulan. Ia telah dilaporkan kepada polis dan beberapa saluran berita. Tiada seorang pun dalam keluarga saya telah menghubunginya sejak 1976.

“Saya tidak pasti bagaimana dia menjumpai kubur ibu saya. Tetapi ini berpunca daripada masalah hampir 50 tahun lalu. Doakan kamu terima kasih dan tolong kongsikan perkara ini,” katanya.

Awalnya sangka anjing yang bawa, pelik lepas jumpa sekali lagi

Pengalaman buruk itu bermula apabila Michael menjumpai beg yang berisi najis di kubur ibunya itu. Dia kemudian mengandaikan ia mungkin dibawa oleh anjing, tetapi berasa pelik apabila menemuinya lagi apabila melawat pada hari yang lain.

Dia kemudian memaklumkan kepada polis dan pengurus tanah perkuburan untu memasang kamera tersembunyi di kubur tersebut.

Terkejut lihat lelaki yang dikenali lakukan tindakan tak senonoh pada kubur ibunya

Mereka kemudian terkejut apabila melihat seorang lelaki yang pernah berkahwin dengan ibu mereka pada tahun 1970-an datang ke kubur tersebut pada waktu subuh.

Kehadiran lelaki itu turut ditemani isterinya yang menunggu di dalam kereta.

Menurut laporan Daily Voice, lelaki terbabit memilih untuk meninggalkan wanita berkenaan selepas mengetahui kekasihnya itu hamil kerana enggan bertanggungjawab terhadap bayi berkenaan.

Polis maklum tiada tindakan dapat dilakukan kerana tiada ancaman

Video yang dikongsikan Michael itu telah dirakam dengan menggunakan telefonnya pada 18 September yang lalu, meskipun mempunyai bukti dengan kelakuan lelaki itu tetapi polis memaklumkan tidak banyak yang boleh dilakukan.

Ini kerana tiada ancaman khusus seperti keganasan fizikal, namun Michael tidak berputus asa dan sedang mencuba untuk membawa aduan ini ke muka pengadilan.

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.