fbpx
Now Reading
Lelaki Ini Kongsi Dapat Bilik Tema Penjara, Buat Ramai Teruja [Video]
Hotel tema penjara

Lelaki Ini Kongsi Dapat Bilik Tema Penjara, Buat Ramai Teruja [Video]

Apa yang menarik, bilik yang bertema penjara itu turut dihiasi dengan tirai besi, baju tahanan untuk memberikan pengalaman sebenar kepada pengunjungnya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Setiap kali ingin memilih tempat penginapan atau hotel untuk bermalam pastinya kita mahukan sebuah tempat yang selesa dan selamat.

Malah kini terdapat banyak butik-butik hotel yang mula menawarkan keselesaan kepada pengunjungnya selain tampil dengan tema-tema yang unik untuk menarik perhatian pelancong.

Bilik hotel tema penjara

Baru-baru ini, tular satu video di TikTok yang dikongsikan oleh @amirulfirdaus96, menunjukkan keadaan di dalam bilik hotel yang mempunyai tema penjara hingga mengundang perhatian ramai.

Dalam video tersebut kelihatan mereka telah mendaftar masuk ke sebuah butik hotel bernama Hotel Impi Yan yang terletak di Kota Tinggi, Johor.

Apa yang menarik perhatian adalah sebaik sahaja mendapat kunci bilik mereka terkejut apabila mendapat bilik yang berkonsepkan seperti dalam penjara.

Bilik dihiasi macam penjara sebenar

Kelihatan bilik itu turut dihiasi dengan tirai besi, dawai kawad berduri serta baju tahanan berwarna oren seolah-olah mereka seperti berada di dalam penjara sebenar.

Meskipun bertema penjara tetapi hotel ini masih mengutamakan keselesaan pengunjungnya apabila menyediakan penghawa dingin, dekorasi yang cantik serta tilam yang empuk.

Mempunyai pelbagai tema lain

Menurut seorang rakan Amirul yang bersama dengannya menginap di hotel berkenaan, dia memaklumkan hotel tersebut sebenarnya mempunyai banyak tema dan sangat kreatif.

Malah mereka turut mempunyai bilik bertemakan hutan, Jepun, hantu, sukan serta banyak lagi.

Foto: FB Hotel Impi Yan

Melihat di ruangan komen, rata-rata orang ramai turut teruja dengan keunikan hotel tersebut dan menyatakan pasti ia akan membuatkan ramai lagi pelancong akan berkunjung apabila sudah tular di media sosial.

‘Habislah hotel ni penuh lepas ni’

‘Best hotel ni macam-macam tema dia ada’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.