fbpx
Now Reading
“Wow Memang Kita Keluarga Malaysia”- Ramai Teruja Lihat Majlis Kahwin Bangsa Cina Ikut Adat Melayu [Video]
Ramai teruja dengan konsep majlis kahwin kaum cina guna adat melayu

“Wow Memang Kita Keluarga Malaysia”- Ramai Teruja Lihat Majlis Kahwin Bangsa Cina Ikut Adat Melayu [Video]

Majlis perkahwinan pasangan Cina ini turut mengetengahkan beberapa kesenian bangsa Melayu seperti silat, tarian kuda kepang serta tarian zapin Johor.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Umum mengetahui Malaysia merupakan sebuah negara yang berbilang bangsa dan kaya dengan adat resamnya.

Setiap bangsa mempunyai adat yang ingin diketengah dan diperkenalkan kepada khalayak. Situasi ini kebiasaannya dapat dilihat menerusi beberapa acara contohnya seperti majlis perkahwinan.

Bawa adat Melayu dalam majlis kahwin Cina

Namun berbeza bagi pasangan berbangsa Cina ini yang mungkin mahukan sedikit kelainan apabila mereka tampil mengetengahkan adat Melayu bagi hari bahagia mereka sehingga membuatkan ramai teruja.

Menerusi video yang dikongsikan di TikTok oleh Nasuha.aynaa, majlis tersebut tidak hanya menggunakan konsep daripada adat Melayu, tetapi mereka turut menyediakan makanan hasil masakan orang Melayu.

Tampilkan beberapa persembahan kesenian orang Melayu

Apa yang lebih menarik, dalam satu lagi video yang dimuat naik majlis ini turut menampilkan beberapa kesenian kaum Melayu apabila terdapat beberapa persembahan seperti silat, tarian kuda kepang, dan zapin Johor.

Malah keluarga bagi pihak pengantin turut memakai baju tradisional seperti kebaya nyonya manakala baju melayu bagi kaum lelaki.

Dalam video tersebut kelihatan ramai tetamu yang hadir dari pelbagai bangsa dan gembira dengan keunikan yang dibawa oleh pasangan pengantin itu dalam majlis tersebut.

Meninjau di ruangan komen, rata-rata orang ramai teruja dengan konsep tersebut dan ada juga yang menyatakan baru pertama kali melihat perkahwinan kaum Cina sebegitu.

‘Menarik.. Kenapa tak panggil saya jadi emcee’

‘Wow.. Memang kita keluarga Malaysialah’

‘Bestnya buat macam ni’

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.