fbpx
Now Reading
Kreatif! Wanita Cetak Resume Atas Kek & Hadiahkan Kepada Nike Sebagai Cubaan Untuk Minta Kerja

Kreatif! Wanita Cetak Resume Atas Kek & Hadiahkan Kepada Nike Sebagai Cubaan Untuk Minta Kerja

Menurut Blackburn, kek yang dicetak dengan resume miliknya itu dihantar kepada Nike agar mereka sedar tentang kewujudannya.

Dapatkan isu trending dan berita terhangat menerusi telegram kami! Follow Kami

Tidak dinafikan untuk mendapatkan kerja idaman bukanlah suatu perkara yang mudah kerana terpaksa bersaing dengan banyak calon yang juga berkelayakan di luar sana.

Namun, cubaan menjadi kreatif mungkin dapat menjadi batu loncatan buat seseorang dalam menempatkan diri di firma yang diinginkan seperti yang dilakukan oleh seorang wanita di Amerika Syarikat ini.

Kongsi gambar kek dengan hiasan resume yang dihantar ke Nike untuk memohon kerja

Memetik laporan NDTV, pada minggu lalu tular di laman LinkedIn kisah Karly Pavlinac Blackburn, seorang pakar IT yang cuba memohon kerja dengan perusahaan pakaian dan kasut sukan, Nike dengan memberikan kek yang dihiasi resume miliknya.

“Beberapa minggu lalu saya menghantar resume saya di atas kek kepada Nike dan ia boleh dimakan.

“Kek itu dihantar ketika Nike mengadakan sambutan besar untuk hari Just Do It (JDI) yang dihadiri oleh LeBron James, Colin Kaepernick serta ramai lagi,” tulis wanita itu.

Nike tidak membuat sebarang iklan jawatan kosong hanya untuk beritahu kewujudannya

Jelasnya, firma multinasional itu bagaimanapun pada ketika ini tidak mengiklankan sebarang jawatan kosong. Namun dia nekad melakukan perkara itu demi memberitahu mereka tentang kewujudan dirinya.

“Cara apa yang lebih baik daripada menghantar kek ke parti besar.

“Saya berbincang dengan bekas rakan sekerja saya, Trent Gander dan dia mengatakan saya perlu buat lebih ‘ini tempat yang kreatif jadi tampil dengan cara yang kreatif’,” katanya lagi.

Wanita itu kemudian mula berfikir untuk menghantar kek resume dan turut menjumpai sebuah kedai kek yang boleh merealisasikan impianya itu, meskipun dirinya tidak dijemput ke majlis tersebut.

Jumpa seseorang untuk menghantar kek tersebut dan ia memberi inspirasi kepada individu

Dia kemudian menjumpai seseorang yang boleh membuat penghantaran kek tersebut iaitu penghantar barangan Instacart, Denise Baldwin.

Penghantaran kek yang kreatif itu secara tidak langsung telah memberi inspirasi kepada Baldwin untuk melakukan sesuatu yang lebih baik untuk masa depannya.

“Anda telah memberi inspirasi kepada saya. Saya seorang ibu dan saya bosan melakukan Instacart.

“Saya tahu saya mempunyai kelebihan dan kelayakan untuk mendapatkan sesuatu yang lebih baik,” kata Baldwin kepadanya.

Baca artikel berkaitan :

View Comments (0)

Leave a Reply

© 2022 BuzzKini. All Rights Reserved.